translate

Saturday, 10 March 2018

Roti Gulung

10 keping roti
10 batang sosej
Sebiji telur dipukul dengan garfu
Serbuk roti 

Sosej direbus dan ditoskan dan disejukkan.
Roti digelek dengan batang pencanai sehingga menjadi nipis.
Letakkan sosej atas roti dan digulung, sapu telur di permukaan hujungnya bagi melekatkan gulungan tersebut.
celup roti pada lebihan telur tadi dan digolek pada serbuk roti dan digoreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Mee Goreng Tomyam

Bahannya
Sebungkus mee (400gm)(basuh dan toskan)
7 ulas bawang putih(ketuk)
2 ulas bawang merah(mayang)
1/2 kiub tomyam pes
3 biji cili padi(potong bulat)
4 helai daun limau purut(seelok yang tidak tua)(hiris halus)
Isian ayam
Udang Segar
Sotong(potong bulat)
2 biji telur
Sayur sawi(potong)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos sotong
1 sudu besar cili kisar
1/2 biji limau nipis(ambil jusnya)
Gula dan sedikit garam

Caranya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan pecahkan sebiji telur.  Kacau biar berketul dan keluarkan.
lebihan minyak kalau terlalu sedikit tambahlah dan tumis bawang putih, merah dan cili padi serta daun limau purut.
Bila naik wangi masukkan cili kisar.  Kacau seketika biar pecah minyak.
Masukkan isian ayam, udang dan sotong.
Masukkan kiub  tomyam dan jus limau nipis.
Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis dan cair serta sos sotong.
Masukkan gula dan sedikit garam(bahan tumisan ini dah sedikit masin dah)
Masukkan sedikit air dan biar mendidih.
Masukkan mee dan kacau seketika,
Pecahkan sebiji lagi telur(pastikan telur kena dasar kuali kita) bila telur separuh masak barulah dikacau bersama mee tadi.
Masukkan sayur dan telur yang diketepikan awal tadi.  Kacau dan bila sayur layu bolehlah diangkat.

Tuesday, 27 February 2018

Pulut Pagi

Bahannya
2 cawan beras pulut
Air melepasi  sedikit paras pulut tersebut
Sehelai daun pandan
3 keping gula melaka(dipotong kecil2)
Kelapa parut putih
Caranya
Tanak beras pulut dengan air dan masukkan juga daun pandan.
Apabila pulut mula masak masukkan gula melaka dan digaul supaya bercampur.
Biarkan dalam keadaan keep warm seketika atau sehingga gula melaka mencair.
Digandingkan dengan kelapa parut putih dan kacang merah.

Kacang merah
Secawan kacang merah direndam hampir semalaman
Secawan santan pekat
Gula melaka(ikut kemanisan masing2)
Secubit garam
Daun pandan
Masak kacang merah bersama air hingga empuk.
Masak sehingga air hampir kering.
Masukkan santan, gula melaka dan daun pandan serta secubit garam.
Biar mendidih dan hampir kering.
Kacau supaya tidak berkerak.

Monday, 26 February 2018

Seri Muka

 Lapisan bawah
Bahannya
500gm beras pulut(rendam dengan air sekurang-kurangnya 2 jam)
600ml santan cair
Secubit garam
Caranya
Beras pulut ditoskan dan dicampur dengan semua bahan di atas dan dikukus dalam loyang 10X10in yang telah disapu sedikit minyak dan dialas dengan plastik selama 30 minit.
Apabila masak tekan sedikit dan ratakan pada keseluruhan loyang tersebut.

Lapisan atas
Bahannya
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 cawan gula pasir
3 biji telur
5 helai daun pandan
250ml santan pekat
500ml air
Secubit garam
Caranya
Blender daun pandan bersama air hingga hancur kemudian tapiskan.
Adun air daun pandan bersama semua bahan di atas dan kacau sehingga gula hancur kemudian tapiskan.
Panaskan di atas api sehingga naik wap.
Tuang ke dalam pulut yang telah masak tadi
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Monday, 30 January 2017

Nasi Goreng Lada Hitam

Bahannya
4 cawan nasi dingin
3 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 biji cili padi(kesesuaian kepedasan)
1 sudu besar lada hitam
2 ekor ikan rebus yang telah digoreng(perisikan)
Udang segar
Isi daging ayam
Sebiji telur
3 batang kacang panjang(potong spt ulam nasi kerabu)
Kobis(potong kecil memanjang)
Carrot(sagat)
Cili merah(potong nipis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumbuk lada hitam, bawang merah, putih dan cili api.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.  Biar naik wangi.
Pecahkan telur dan bila sedikit masak barulah dikacau.
Masukkan udang dan isi ayam.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis.
Masukkan juga gula dan sedikit garam.
Masukkan segala sayuran tadi dan juga nasi dingin.
Kacau sehingga mesra dan bolehlah dihidangkan.(kakyah suka kacau nasi sedikit lama biar butiran nasi betul2 meresap bahan yang ditumis itu)

Saturday, 21 January 2017

Koleh Ubi Keledek

Bahannya
500 gm ubi  keledek
500 ml santan(santan pekat campur air)
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam

Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.  Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
Blender santan, gula, tepung beras dan telur biar sebati.  Masukkan ke dalam ubi tadi.
Kacau atas api sederhana sehingga pekat.
Tuang ke dalam bekas yang sesuai.
Sejukkan dalam peti sejuk.

Kari Tulang Lembu

Sekilo tulang lembu(dibersihkan dan ditos)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga(3) dan bunga lawang(2)
3 sudu besar rempah kari daging(Alagapas/babas)
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji cili merah/ hijau
Ubi kentang
3 cawan santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selepas itu masukkan serbuk kari, kacau(tambah sedikit air) dan seterusnya masukkan tulang lembu,
Kacau dan tutup periuk supaya daging tulang empuk.
Apabila empuk boleh masukkan santan dan ubi kentang. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Biar kentang empuk.
Masukkan cili hijau dan biarlah sehingga  naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.