translate

Saturday 31 December 2011

Cucur/kuih Topi



Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air
1 biji telur

Caranya
Semua bahan dimasukkan dalam blender dan diblender hingga sebati semuanya.  Simpan semalaman atau kalau nak cepat simpan 4 jam pun dah okey.  Masukkan minyak dalam kuantiti yang agak banyak juga ke dalam kuali. Bila minyak panas sendukkan adunan kita ke dalam kuali tersebut dan adunan tersebut akan mengelembung seperti topi dan balikkan untuk pastikan masak kedua-dua lapisan atas dan bawah.

Fooyong




Fooyong

3 biji telur
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1/2 biji lada benggala
1 biji tomato
2 keping cendawan hitam
6 ekor udang
Sedikit daun sup dan bawang
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Lada sulah

Caranya
Udang dibuang kulit dan dipotong kecil
Bawang besar dipotong dadu, begitu juga tomato.
Cendawan dihiris memanjang dan daun sup dan bawang dicincang kasar.
Bawang putih dimayang nipis dan ditiumis dengan minyak. Kemudian masukkan cendawan tadi. kemudian bawang besar, udang lada dan daun- bawang dan sup. Kemudian masukkan sos tiram.
Telur dipukul dengan garfu dan dimasukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam  dan dimasukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Biarkan seketika.  Apabila nampak hampir masak dibalikkan dan biarlah dia sedikit hancur.. Biarkan sehingga masak.

Friday 30 December 2011

Nasi Lemak dan Sambal Bilis

Nasi Lemak

3 cawan beras
3 cawan santan
2 ulas bawangf merah
1 inci halia
Sehelai daun pandan
Gula dan garam
Kalau nak masukkan bunga cengkih pun boleh tapi kak tak suka.

Masakkan santan bersama daun pandan, bawang dan halia yang telah dimayang dan dihiris, gula dan garam sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak..

Sambal Bilis

Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 keping Gula melaka
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditetup apinya.(kalau nak masukkan hirisan bawang besar pun okey.

Thursday 29 December 2011

Satay Ayam dan Kuah Kacang


Satay Ayam

Seekor ayam dipotong empat dan dibuang tulangnya dan dipotong kecil-kecil
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar jintan manis- jangan yang serbuk
1 sudu besar jintan putih - jangan yang serbuk
3 sudu besar ketumbar- jangan yang serbuk
1 inci kunyit
2 batang serai
Gula dan Garam - Gula agak banyak kalau 2 kilo ayam hampir 1/4 kilo gula

caranya
Bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit diblender dengan sedikit air.
Jintan manis, putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak sehingga berbau wangi dan diblender kering
Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan gula dan sedikit garam dan peraplah bersama ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan tadi selama 1 jam.
Siap untuk dicucuk.dan dibakar.(kalau akak hanya masak atas pan rata dan telah disapu munyak dan bercampur sedikit air perapan satay tadi

Kuah Kacang
1 1/2 cawan kacang tanah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas
3 sudu besar cili giling
3 batang serai
3 sudu besar air asam jawa
2 keping gula melaka
sedikit belacan
Gula dan garam
1 cawan Santan( kalau kuah nampak pekat boleh tambah air)

Kacang tanah digoreng di dalam minyak sehingga kelihatan masak dan ditoskan dan diblender dengan lapisan kulit nipisnya bersama air.
Bawang-bawang, halia dan lengkuas diblender dengan sedikit air dan ditumis besama serai yang telah diketuk dan cili giling dan belacan sehingga naik bau. Masukkan kacang yanng telah diblender tadi. Kemudian masukkan santan , air asam jawa, gula melaka  dan garam rasalah  untuk kesesuaian lidah masing-masing.  Biar mendidih agak lama atau sehingga pekat dan naik minyak.

Tuesday 27 December 2011

Muffin Blueberry



Muffin Blueberry
2 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
125 gula kastor
125 ml susu segar
150 gm mentega
1 sudu teh vanilla
Blueberry filling secukupnya

Caranya
Cairkan mentega dan selepas itu dimasukkan ke dalam susu segar yang telah bercampur dengan telur(dipukul dahulu dengan garfu),dan vanilla.  Kemudian masukkan tepung dan gula kaster. Kacau hingga sebati.  Masukkan dalam bekas muffin dan (masukkan sedikit dulu kemudian masukkan filling blueberry dan masukkan selebihnya tapi jangan penuh 3/4 aja)  Bakar dengan suhu 180C selama 25 minit.

Roti Jala dan Kuzi Ayam..cara kakyah...




Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Sebiji telur

Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak  dan apabila masak boleh digulung atau dilipat segitiga.

Kuzi Ayam(kuzi cara mudah)
1/3 ekor ayam dipotong dan dibersihkan dan diperap seperti nak goreng ayam.
2 biji ubi kentang
sedikit kismis
sedikit kacang gajus
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tomato atau tomato puree
Rempah kasar(kulit Kayu manis(1), pelaga hindi(3) dan bunga lawang(2)
2 sudu besar rempah kuzi..(kalau tiada guna rempah kurma pun okey)
Setengah tin susu cair
Air(tidak kisah bila nampak kuah pekat boleh tambah air lagi masa sedang memasak)
3 sudu besar Bawang goreng(beli yang dah siap di kedai
Sehelai daun pandan
Gula dan garam

1.Ayam digoreng begitu juga ubi kentang yang telah dipotong kecil, dan kismis juga digoreng di dalam minyak yang panas.
2. tumiskan bawang merah, putih dan halia yang telah diblender sehingga naik bau dan masuklah rempah kasar, sos tomato dan rempah kuzi.Masukkan juga bawang goreng. Selepas itu masukkan daun pandan, susu cair dan air.  Masuklah ayam, ubi kentang dan buah kismis yang telah digoreng tadi. Masukkan gula dan garam. Pastikan kuzi ayam kita betul-betul mendidih dan bolehlah dimakan bersama roti jala.
Sebenarnya kuzi ini yang mudah disediakan dan kalau orang tua-tua dulu cara pembuatan agak rumit seperti bawang besar digoreng hingga garing dan juga ada penggunaan zafferan.Juga penggunaan tomato puree.



Sunday 25 December 2011

Beriani Masalla

Beriani Masalla

3 cawan Beras biasa atau basmati
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
sebatang kulit kayu manis
4 sudu besar rempah beriani masalla/rempah  beriani yang biasa pun tak kisah
Setangkai daun kari
Sehelai daun pandan
daun pudina(kalau suka)
2 biji tomato
4 sudu besar margerin vanaspati(marjerin atau minyak sapi pun tak kisah)
Beberapa ketulan ayam
Gula, garam dan kismis dan biji gajus

Beras dibasuh dan ditoskan
Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis dengan margerin Vanaspati sehingga naik bau dan bolehlah dimasukkan juga daun kari , daun pandan dan rempah kasar dan seterusnya rempah  beriani masalla dan juga tomato yang telah dipotong dadu.Bila naik bau masukkan beberapa ketulan ayam dan kacaulah seketika dan akhir sekali masuklah beras yang telah ditoskan. Kacau seketika(seminiut dua). Akhir sekali masukkan air mengikut sukatan biasa 1:1 atau kalau beras siam kenalah lebih air sedikit(kacau supaya tidak berkerak dibawahnya.Selepas itu masaklah di atas dapur biasa atau dimasukkan dalam periuk elektrik kita..Apabila masak bolehlah ditabur dengan kismis dan juga biji gajus.

Dalca Daging cara kakyah.
Daging, perut dan paru-paru(ikut kesukaan seberapa banyak)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga hindi(3) dan bunga lawang(2)
4 sudu besar Rempah kari Alagapas/babas
1 sudu besar kacang dal
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji terung
4 biji cili hijau
2 biji kentang
Beberapa biji bendir
Santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Daging dipotong kecil-kecil sementara perut dan paru-paru direbus.Pastikan perut direbus sehingga betul-betul masak. Seterusnya dipotong kecil.
Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selep[as itu masukkan serbuk kari dan biarkan sekejap sambil dikacau dan seterusnya masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi ,masukkan juga kacang dal yang telah direndam sekettika dan masukkan sedikit air, kacau dan tutup periuk supaya daging mudah empuk dan pastikan jangan hangit.(guna api yang kecil)- kalau nak guna periuk tekanan pun okey.Apabila daging emput boleh masukkan peparu dan perut yang telah dipotong kecil tadi. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Masukkan santan dan ubi kentang.  Biar sedikit mendidih. Masukkan terung yang telah dipotong dan cili hijau.pastikan terung betul-betul masak dahulu sebelum kita masukkan bendir.  Masaklah sehingga dalca kita naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

Ayam Goreng Berempah
Ketulan ayam yang telah dibersihkan
rempah ayam berempah
3 ulas bawang putih
2 batang serai(kalau besar 1 pun okey)
1/2 inci halia
sedikit cuka
garam dan sedikit lada sulah
daun kari

Bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat dan dicampur dengan rempah ayam berempah, garam lada sulah dan sedikit cuka.  Peraplah ayam dengan bahan-bahan tersebut beberapa jam dan digoreng bersama beberapa helai daun kari sehingga masak.,

Bun Fluff Ayam


Resepinya:
500gm tepung roti(high protein)
200ml air suam(kalau uli guna tangan 220ml)
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Bahan salutan

Mayonis
Fluff ayam

1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula  dan biar jadi bulau. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan ke dalam bekas  yang telah dialas dengan kertas minyak.dan biarkan selama 40 - 60 minit.(bergantung pada suhu sekitar)
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair  Bakar selama 20 minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk. Sapu permukaan atas roti dengan mayonis dan taburkan dengan fluff ayam sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....

Friday 23 December 2011

Lala Tumis Ala Tomyam



Bahan-bahannya

Sekilo lala (basuh dan rendam separuh hari..tips..letak sebiji cili api)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar cili giling
sekeping asam gelugur
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Gula/perasa dan garam

Cara-cara
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis dalam munyak yang panas dan biar seketika.
2. Masukkan cili giling dan biar naik bau kemudian masukkan daun limau purut dan serai dan asam keping tadi.Kacau seketika dan seterusnya masukkan air dan juga lala yang telah ditoskan.  Masukan bahan perasa dan sedikit garam.Biar mendidih dan kulit lala terbuka(jangan dikacau sangat..isinya mudah terkeluar)

Roti Paung



Roti Paung
Resepinya:
500gm tepung roti(high protein)
200ml air suam(kalau uli guna tangan 220ml)
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula.  Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan masukkan adunan ke dalam bekas roti paung yang telah dialas dengan kertas minyak.dan biarkan selama 40 - 60 minit.(bergantung pada suhu sekitar)
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan kalau suka taburkan bijan atau kelapa kering atau apa-apa aja.  Bakar selama 25 - 30  minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....

Thursday 22 December 2011

Nasi Dagang dan pelengkapnya




Nasi Dagang
3 cawan beras pulut
2 cawan beras biasa
3 ulas bawang merah
seinci halia
1 gelas santan pekat
1 gelas santan cair
gula dan garam
2 sudu besar halba

caranya
1 Basuh campuran beras tersebut dan rendam semalaman.
2.Toskan dan kukus sehingga ianya masak(dengan api yang kuat)
3. Keluarkan dari pengukus dan digaul bersama santan cair yang telah dicampur bersama halba, bawang yang telah dimayang nipis , halia yang dipotong nipis, gula dan garam.
4. Kukus semula dan biarkan seketika.(sehingga naik wap)
5. Angkat dan masukkan ke dalam bekas dan digaul dengan santan pekat yang telah dicampur lebihan bawang, halia, halba, gula dan garam.

Kari Ayam
Seekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.(bersihkan dengan cuka untuk menghilangkan hanyir)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas pelaga hindi
3 atau 4 sudu besar rempah kari ayam(alagapas atau babas)
1 sudu besar cili giling
setangkai daun kari
2 atau 3 biji cili hijau
Santan kelapa
air asam jawa(3 sudu besar)
gula dan garam dan bahan perasa
minyak masak

caranya
1. Bawang merah, putih, dan halia diblender hingga hancur dan di tumis di dalam  minyak yang panas.kemudian masukkan daun kari dan rempah-rempah kecuali serbuk kari. Biarkan sehingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan cili giling dan biarkan saketika .  Kemudian masukkan serbuk rempah kari dan biarkan ia naik bau(masukkan sedikit air kalau bimbang hangit) dan seterusnya masuklah santan pekat dan seterusnya ayam.  Masukkan air asam, gula, garam dan cili hijau dan masaklah kari ayam sehingga betul-betul mendidih dan naik minyak.

Kari Ikan Tongkol
Seekor ikan tongkol/aya sederhama besar dipotong dan dibersihkan(bersihkan dengan air asam jawa)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas pelaga hindi
3 atau 4 sudu besar rempah kari ikan(alagapas atau babas)
1 sudu besar cili giling
setangkai daun kari
2 atau 3 biji cili hijau
1 sudu besar halba campur
Santan kelapa
air asam jawa(2 sudu besar)
10 keping asam gelugur
gula dan garam dan bahan perasa
minyak masak

Caranya.
1. Ikan direbus dengan sedikit air, bersama 10 keping asam gelugur dan garam(biar agak masin sedikit) menggunakan api yang kecil dan mendidih agak lama.
2. Bawang merah, putih, dan halia diblender hingga hancur dan di tumis di dalam  minyak yang panas.kemudian masukkan daun kari dan rempah-rempah kecuali serbuk kari. Biarkan sehingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan cili giling dan biarkan saketika .Masukkan juga halba campur..  Kemudian masukkan serbuk rempah kari dan biarkan ia naik bau(masukkan sedikit air kalau bimbang hangit) dan seterusnya masuklah santan pekat dan seterusnya ikan yang telah direbus tadi..  Masukkan air asam, gula, garam dan cili hijau dan sedikit lebihan air rebusan ikan tadi. dan masaklah kari ikan sehingga betul-betul mendidih dan naik minyak.

Waffle Aneka Rasa

Waffle

4 cawan tepung gandum (kalau nak guna sikit tepung jagung boleh  kita kurangkan setengah cawan tepung gandum dan diganti dengan setengah cawan tepung jagung)
4 cawan susu segar
6 biji telur
1 sudu besar beking powder
2 sudu kecil vanilla
2 sudu besar gula
1 cawan minyak sayur/ masak
1 sudu kecil garam
walnut
jem, peanut butter,ceri madu dan apa-apa saja

Caranya
1. Tepung diayak bersama beking powder.  Di dalam bekas campurkan juga dengan gula dan garam.
2. Telur diasingkan putih dan kuningnya, yang putih diputar sehingga kembang dan beku (dengan kelajuan tinggi)
3. Kuning telur dipukul dengan garfu dan dicampur bersama susu segar dan minyak tadi.  Kemudian dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga vanilla.
4. Masukkan putih telur yang kembang tadi kedalam bahan yang telah dikacau sebati tadi. Guna teknik kaut dan balik.
5. Sendukkan adunan ke dalam bekas waffle yang telah disapu dengan marjerin dan taburlah walnut yang telah dicincang atau ceri yang telah dipotong dadu dan biarkan ia masak.
6. Sapu dengan jem atau apa saja kesukaan kita waffle tersebut.

Sunday 18 December 2011

Asyura

Asyura pemberian dari mertua...

Bengkang Pandan


Bengkang Pandan

7 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan santan(1 cawan santan pekat dicampur 3 cawan air yang diblender dengan 3/4 helai daun pandan-tapiskan)
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Pewarna hijau

1. Kesemua bahan diblender sehingga sebati.
2.Panaskan oven dan biarkan seketika.
3. Masukkan 3 sudu besar minyak masak kedalam bekas adunan dan diletakkan di atas api. Bila minyak panas masukkan adunan yang diblender tadi dan biarkan seketika( 3- 4 minit)
4. Kemudian angkat bekas adunan tadi dan masukkan ia ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan bakarlah selama 50 - 60 minit dengan suhu 180C.

Saturday 17 December 2011

Nasi Ayam





Perapan Ayam

Setengah ekor ayam
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
sedikit gula (kalau mahu manis sikit dan boleh tambah sedikit garam)
 caranya
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan dilumurkan ke dalam ayam yang telah dibersihkan.
2.Campurkan juga bersama sos tiram dan kicap dan sedikit gula. Biarkan 10 minit dan kemnudian dimasak atas api yang perlahan. Apabila ayam sudah masak,  gorenglah ayam tersebut dengan minyak yang sedikit.(kuah air rebusan tadi jangan dibuang sebab akan dijadikan sos kicap)

Sos Kicap
Air rebusan perapan ayam tadi dimasak bersama sedikit tepung jagung sehingga mendidih.

Sos Lada
Cili merah
seulas bawang putih
Sedikit cuka
gula dan garam
Sedikit air masak
Semua bahan diblender dan rasalah mengikut kesukaan

Sup Ayam
Bahagian ayam yang tidak digunakan untuk perapan ayam seperti sayap, kaki,tengkuk dan apa2 aja...
3 ulas bawang putih
sedikit halia
kulit kayu manis
pelaga hindi
bunga lawang
lada hitam
garam dan perasa
Semua bahan ini direbus dengan air yang secukupnya (kalau akak lebih sikit sebab nak guna juga sedikitnya bagi memasak nasi..caranya kita masak semua bahan tadi bila sedikit mendidih kita ambillah bahagian untuk memasak nasi dan yang selebihnnya dibiarkan mendidih dengan agak lama)

Nasi Ayam
Beras dimasak bersama air rebusan ayam tadi, bersama daun pandan dan serbuk kunyit(masaklah seperti sukatan memasak biasa)

Friday 16 December 2011

Meatball dari IKEA

Menu tengah hari anak sulungku.....stok terakhir yang dibeli dari IKEA...rasa-rasanya nak cuba buat sendiri..mungkin jadi kottt....

Ketupat Sotong




Ketupat Sotong

Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka(kampung punya)
2-3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi kedalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut, daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Thursday 15 December 2011

Roti Bun...Apa-apa nama pun boleh........




Roti...

500gm tepung roti(high protein)
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
1 sudu kecil vanilla
sebiji telur(dipukul dgn garfu dan guna sebahagian saja dalam adunan)

bahan-bahan untuk ditabur..apa apa aja...
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
caranya
1.kalu guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil dan boleh dipelbagaikan nak letak dalam bekas cup kek(masa nak bakar kenalah masukkan bekas cup cake tu dalam petitin yang muat kertas cup cake tu)  atau letakkan dalam bekas berpetak atau bulat(tapi kena alas dengan beking paper)kalu dalam bekas adunan pastikan jangan terlalu rapat)biarkan selama 40minit hingga 1 jam.selepas itu ambil sebahagian telur tadi dicampur susu cair/segar/tepung yang dicampur sedikit iair glisskan atas roti tadi.Taburlah dengankelapa kering, ceri, bijan atau mozarela atau cedar. Bakar selama 20 minit suhu 180 - 200c.

Sup Gear Box



bahan-bahannya
bahagian kaki lembu
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
rempah punjut
sebatang serai(ketuk)
2 inci halia
seketul lengkuas
beberapa biji cili padi
Gula dan garam dan air asam jawa.

caranya
1. tulang kaki lembu dibersihkan dan direbus sampai mendidih dan kemudian dibuang airnya.  Masukkan semula air yamg lain  dan direbus bersama sup punjut.
2 sementara itu, bawang-bawang dimayang begitu juga dengan halia dihiris nipis dan digoreng bersama rempah ratus tadi kecuali rempah punjut., Cili, serai dan lengkuas turut digoreng sama .  Apabila sudah sedikit garing dan wangi bahan tersebut bolehlah ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk rebusan tulang tadi .  Biarkan sampai betul-betul empuk(kalau nak cepat masaklah dalam periuk tekanan seperti yang akak selalu buat.Garam dan bahan perasa dimasukkan mengikut kesukaan.  Sebelum diangkat masukkan juga sedikit air asam jawa juga mengikut kesukaan. Hidangkan mengikut cara hiasan masing-masing

Pau Gebuss


sedih......biasanya inti kari daging bersama kentang ni partnernya telur rebus tapi hari ni stok telur tinggal sikit jadi tak dapatlah nak dimasukkan dalam pau ini....




Pau Gebuss (water roux)
500gm tepung pau
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)

2 sudu teh beking powder
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
caranya
1.kalu guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil dan biarkan selama 10 minit dan bolehlah diletakkan dengan intinya dan biarkan semula selama 40 minit dan kukuslah ia selama 7 minit.

Krim Puff





 resepinya sebuku buttercup,300 gm tepung gandum, 4 cawan air dan 4 biji telor...masak air 

bersama bcup hingga cair lepas tu masukkan gandum dan kacau hingga tak melekat di periuk 

Selepas itu sejukkan dan bila sejuk masukkan telur dan kacau biar rata dan lepas tu paipkan 

adunan tersebut dan bakarlah dalam masa setengah jam dengan suhu 180C.


Untuk  krim pula setin susu cair,setin air, 6 sudu(b)kastad, 10 sudu(b) gula dan sebiji telur  

Masaklah kesemua bahan tersebut sampai betul2 pekat dan atas api tu biar lama ada lah 

dekat lebih setengah jam juga sebab bila kita masuk telur, krimnya akan lambat pekat(atas api 

nampak pekat tapi ianya tidak beku bila sejuk) jadi pastikan betul-betul pekat.

Bila kulit puff masak bolehlah di belah tengahnya dan sapukan dengan krimnya dan siap untuk 

dimakann...

resepi krim puff terbaru dan cara yang lebih mudah membuatnya sila klik 

Roti Gulung Sosej




resepinya....500 gm tepung roti(high protien),120gm gula halus,sepeket yis mauripan,sebiji telur(pukul dgn garfu),40gm majerin(3 sudu besar),2 sudu besar water roux..kena wat dia dulu sebab nak sejuk cara wat..50gm gandum masak dengan 250 gm air bila pekat tutup api(masak guna api slow) yang lebih simpan tempat biasa dlm peti ais,setengah sudu kecil garam,30 gm susu tepung dan lebih kurang 250ml air suam cara wat masukkan semua dan uli nak guna BM pun boleh guna tangan lagi baik (guna anugerah tuhan) bila tak melekat kat tangan masukkan dalam plastik dan dilenyek2 3 hingga 4 minitdi atas permukaan keras pas tu keluarkan dan uli semula seminit dua dan tutup selama 1 jam...pas tu tumbuk2 dan uli seminit dua pulak dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil biarkan 20 minit dan sebealum tu sosej direbur dulu dan dibiarkan sejuk dan setiap satu potong diua....adunan roti tadi tu setiap satunya ditorak(nipiskan) dan bahagian bawahnyadilipat (nampak macam segitiga torak balik ia jagi atat besar dan bawah memanjang dan sempit) bahagian atas yang luas tu letakkan sosej tadi dan gulunglah dan di biarkan 40 minit atas dulang tu alas kertas macam wat kek bila cukup masa ambil sebijik telur lain kacau sedikit dengan susu segar ko atau pekat ko(sesudu dua ) sapu atau glisskan atas roti tadi dan dibakar dalam ketuhar yang siap panas doh selama 20 minit api oven macam wat kek laaa lepas siap sapu dengan majerin atasnya untuk lagi comel dan bubuh sos dan mayonis..siap...

Wednesday 14 December 2011

Apam Aiskrim Soda


Menu Petang Rabu....
Apam Aiskrim Soda
3 biji telur
1 cawan gula
1 st overlette
1 cawan aiskrim soda f&n
3 cawan tepung gandum
1 st vanilla
Sedikit beking powder
pewarna
caranya
pukul telur dengan gula dan ovelette hingga kembang kemudianmasukkan aiskrim soda dan pukul lagi seterusnya masukkan tepung dan vanilla.pukul hingga sebati.Bubuhlah pewarna ikut kesukaan hati. Kemudian masukkan kedalam acuan beralas cupkek dan kukus selama 7 - 10 minit

Donat Taufu Lembut




Donat taufu lembut..kali pertama ku buat....
300gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorternuing
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
100gm tepung roti
1/2 sudu teh garam
1 st beking powder
gula aising untuk salutan

1.kalu guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup selama 1 jam.
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 40 minit(pastikan alas dengan beking paper) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan gula aising ko atau gula kastor.

Tuesday 13 December 2011

Pizza Bunga

250 gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano
topping(apa-apa pun yang bersesuaian)
1.Masukkan semua bahan dankalu guna MB tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke 4
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.bahagikan adunan kepada dua bahagian satu dicanai bulat dan bahagian yang satu lagi dibulatkan sebanyak 20 bahagian yang kecil.Bahagian yang kecil dimasukkan sosej yang dipotong kecil/nipis(sosej hendaklah direbus dahulu)
5.Letakkan ditepi adunan yang dicanai bulat tadi tak perlu terlalu rapat sebab bila menyembang ianya akan menjadi rapat2 juga.Biarkabn selama 40 minit dan sebelum bakar cucuk dasarnya dengan garfu dan topping dengan sos tomato campur chili, ketulan ayam dan udang yang telah digoreng dengan bawang putih bercampur sedit oregano,nenas, lada benggala, potongan sosej yang telah direbusmbawang besar yang telah dipotong dadu dan lapisan atas taburkan dengan parutan mozarela.Bakar selama 20 minit dangan suhu 200C dan bila masak taburkan potong dengan pisau pizza dan taburlah dengan keju permessan.

Kuih Lapis Keladi



Menu petang...
kuih lapis keladi
5 cawan santan
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sedsikit perasa keladi
pewarna puple
caranya
panaskan terlebih dahulu santan dan gula tapi janganlah sampai mendidih.(sejukkan)
kemudian masukkan tepung-tepung tadi dan kacau biar sebati.
masukkan perasa keladi dan bahagikan adunan pada 2 bahagian dan warnakan dengan warna puple muda dan tua.
Panaskan pengukus dan acuan disapu sedikit minyak.
Lapiskan berselang seli dan setiap lapis kukus selama 5 minit dan yang terakhir selama 10 minit.

Bun Keju









setiahari meroti(water roux)
500gm tepung roti(high protein)
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
1 sudu kecil vanilla
sebiji telur(dipukul dgn garfu dan guna sebahagian saja dalam adunan)
parutan keju
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
caranya
1.kalu guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil dan boleh dipelbagaikan nak letak dalam bekas cup kek atau letakkan dalam bekas berpetak atau bulat(tapi kena alas dengan beking paper)kalu dalam bekas adunan pastikan jangan terlalu rapat)biarkan selama 40minit hingga 1 jam.selepas itu ambil sebahagian telur tadi dicampur susu cair/segar/tepung yang dicampur sedikit iair glisskan atas roti tadi.Taburlah dengan bijan dan mozarela atau cedar. Bakar selama 20 minit suhu 180 - 200c.

Saturday 29 October 2011

mashmellow



resepinya
B - 120ml air sejuk
      50gm geletin halal gel
Guna mangkuk yang agak besar

campurkan keduanya dan biarkan seketika.

A - 120ml air 
      300gm gula pasir
      220gm golden sirap
      sedikit garam (1/2 sudu teh)
      1 sudu teh vanilla
Masak bahan2 A sehingga betul-betul mendidih.  Padankan api.
Masukkan ia ke dalam mangkuk bahan B. 
Putar dengan kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit (sehingga betul-betul pekat....orang kelantan kata pekat gelemat).  
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu terlebih dahulu dengan minyak.
Simpan semalaman dahulu baru boleh dipotong. (nak letak dalam peti sejuk pun boleh)

Cara memotongnya....Sebelum memotong mashmellow sapukan permukaan atas dan bawah mashmellow dengan campuran tepung jagung dan gula ising (kalau nak kurangkan manis 4 tepung jagung 1 gula iasing)  Potonglah dengan pisau pizza atau menggunakan gunting dan biarkan bergaul dengan campuran tepung tadi...selamat makan....

golden sirup..kak beli siap tapi bagi yang nak mencuba membuatnya

200gm gula
50gm air
1kg gula
600gm air mendidih
2 keping lemon

Masak 200gm dengan 50gm air sehingga kuning
selepas itu masukkan air mendidih dan  1kg gula  serta lemon
Masak sehingga 45 minit dan agak pekat.

Sunday 12 June 2011

Singgang Ikan Muduk

Singgang Kepala Ikan Muduk.

Bahan-bahannya

Kepala ikan mudiuk
2 inci lengkuas
Sedikit halia
3 /4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
4 keping asam gelugur(keping)
beberapa biji bendir
beberapa biji cili hijau
Beberapa biji cili api

Cara-caranya

1. Kepala ikan yang telah dibersihkan dan dicuci dengan air asam jawa dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air dan direbus bersama  lengkuas, halia dan bawang putih  yang telah dihiris nipis.
2. Masukkan juga asam keping, cili hijau , cili api, garam dan bahan perasa.  Masakkan biar mendidih.  Bila mendidih masukkan pula kacang bendir dan bawang besar yang telah di hiris nipis..  Biarkan mendidih lagi seketika.

Thursday 9 June 2011

Asam pedas kepala ikan merah

Bahan-bahan
Kepala ikan merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
kunyit
3 sudu besarcili giling
3 helai daun limau purut
2 batang serai
daun kesum
sekumtum bunga kantang
air asam jawa
gula dan garam
(kalau nak masukkan cili hijau dan bendir pun tak kisah)

Cara-caranya
1. Bawang merah, putih, halia dan aedikit kunyit di blender.
2. Tumiskan bahan blender tadi bersama cili giling, daun limau purut dan serai yang telah diketuk.
3. Apabila naik bau masukkan air asam jawa.
4. Masukkan ikan tersebut dan seterusnya bunga kantang dan daun kesum dan lada hijau.  Apabila mendidih masukkan garam dan bahan perasa dan seterusnya bendir.  Biarkan mendidih dan naik minyak.

Wednesday 8 June 2011

Nasi Kerabu Kuning



Nasi Kerabu Kuning
3 cawan beras
3 cawan air
Sehelai daun Kunyit
Sehelai daun pandan
4 helai daun limau purut
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Masaklah nasi seperti biasa kita menanak nasi.


Tumis untuk nasi kerabu
Bahan-bahan..
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
2 sudu besar cili boh
sedikit kunyit
2 keping asam keping
gula melaka(ikut rasa)
sedikit belacan
santan pekat (2 cawan)
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

Cara-cara nya
1.Bawang merah, putih, halia diblender.
2.Tumiskan bahan blender tadi . Apabila naik bau masukkan cili kisar tadi,serbuk kunyit, serai yang telah dikatak dan asam keping tadi. Masakkan seketika kemudian masukkan belacan dan gula melaka dan kacau seketika.
3.Masukkan santan dan garam mengikut rasa...biarkan mendidih dan jika terlebih pekat masukkan sedikit air panas (tips...tumis kita akan nampak cantik dan berminyak jikalau dimasukkan sedikit air panas dalam masakan tadi). Biarkan mendidih sedikit lama sedikit. Biarkan nampak pekat dan berminyak.

Sambal ikan
Bahan-bahannya
4 ekor ikan selayan( ikan sardin) yang sederhana besarnya.
4/5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
1 sudu besar lada hitam
1 cawan kelapa goreng
4/5 keping asam keping
gula dan garam

cara-caranya
1. Ikan dibersihkan dan durebus bersama asam keping dan garam Sejukkan
2. Buang tulangnya dan menggunakan tangan dihancurkan isi ikan tersebut dan selepas itu digoreng kering seketika(boleh juga semasa digoreng ini dimasukkan sedikit lada sulah)
3. Bawang merah, putih, halia dan serai(potong kecil2 dahulu) ditumbuk bersama lada hitam. Apabila lumat masukkan gula dan garam.Hancurkan.
4. Kelapa kering ditumbuk(jika ianya agak kasar) kemudian masukkan bahan yang ditumbuk  dan isi ikan yang digoreng kering tadi. Gaulkan semuanya.
5. Rasalah (kalau tidak cukup rasanya masukkan garam dan ajinomoto(jika mahu).
6. Bawang besar dihiris dan diramas-ramas sebelum dimasukkan dalam sambal ikan kita tadi.


Budu
Masak bersama sekeping asam keping, sedikit gula melaka.cili api yang ditumbuk sedikit,sedikit halia.seditkit serai dan sedikit bawang merah. Biar mendidih seketika.

Sambal lada
Beberapa biji Cili api(burung) dan seulas bawang putih, 2 sudu besar cuka, sedikit air masak, gula dan garam. Semua bahan ditumbuk dan apabila sedikit hancur masukkan cuka dan air tadi.

Ulam-ulaman(kerabu)
Kobis,kacang panjang, taugeh.\, bunga kantang, daun kesum, bawang besar, serai. Dihiris halus-halus.

Daging bakar
Daging dipotong besar-besar dan diperap bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai yang diblender. Masukkan sedikit garam, sedikit cuka dan asam jawa dan sedikit minyak. Biarkan seketika.
Bakar sehingga masak.

Saturday 4 June 2011

Udang goreng Tempura

Baha-bahan
Beberapa ekor udang sederhana besar(dikupas kulit dan dibiarkan ekornya)
seulas bawang putih(ditumbuk)
lada sulah
putih telur
tepung tempura

Cara
1. Udang dicuci dan dilumur dengan bawang putih dan lada sulah.
2. Tepung tempura dicampur dengan putih telur, sedikit lada sulah dan sedikit air(jangan pekat dan cair sangat).
3. Celupkan dengan udang tadi dan digoreng hingga kekuningan.

Friday 3 June 2011

Kerapu masak Nyonya (Kukus)



Bahan-bahan
Seekor kerapu sederhana besar(dibuang tulang dan disapu dengansedikit garam,lada sulah dan seulas bawang putih yang telah ditumbuk)
sos/kuah
2 batang serai
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
beberapa biji cili padi
3 helai daun limau purut
(bahan-bahan ini diblender atau ditumbuk)
sekeping asam keping
2/3 sudu besar sos tiram
gula/bahan perasa
1.Bahan-bahan yang diblender ditumis dengan sedikit minyak apabila berbau wangi masukkan asam keping, sos tiram dan bahan perasa.
2.Sediakan dan panaskan pengukus. Ikan tadi diletakkan dalam bekas yang boleh dikukus dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi dan kukuslah selama 20 minit.

roti dan tart

 roti bun
Resepinya:
500gm tepung roti(high protein)
200ml air suam(kalau uli guna tangan 220ml)
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna MB tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bahagilah adunan menjadi bulatan-bulatan yang kecil (20 biji pun ok)
5. Letak di dalam bekas yang telah disap[u margerin dan dialas dengan kertas minyak dan adunan roti disusun sedikit berjarak dan biasanya dalam bekas yang sederhana besar kita kena sediakan beberapa adunan.Biarkan seketika dan biasanya sekiitar 20 minit dan selepas itu panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan kalau suka taburkan bijan atau kelapa kering atau apa-apa aja dan kalau suka juga roti tadi boleh diletak dengan apa-apa inti.  Bakar selama 20 minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....



 nak biar kosong atau pun taruh inti pun boleh
tart telur boleh ditukar dengan apa-apa inti seperti keju dan lain-lain.

Bahan Pastri
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila
caranya
Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan adun supaya menjadi doh yang sebati.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart dan lebihan adunan yang terkeluar melebihi bekas acuan tart dibuang dengan diratakan  menggunakan belakang pisau.  Bakar selama 20 minit dengan menggunakan redai pembakar paling bawah sekali dalam oven.

Inti Telur
6 biji telur
480ml air
160 gula pasir
80ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
caranya
Campurkan semua bahan di atas (telur sebelum dicampurkan pukul ia dahulu dengan garfu).  Masak di atas api yang kecil dan apabila pekat bolehlah diangkat dan dbiarkan sejuk.

Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 20 minit dengan suhu 180C(mengikut jenis oven) dan inti telur ketika dikeluarkan dari oven kelihatan masih cair tetapi akan beku apabila mulai sejuk.

Thursday 2 June 2011