translate

Friday 6 January 2012

Singgang Daging





Suku kilo daging
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas (nak lebih pun okey)
3 - 4 keping asam gelugur
2 sudu besar cili giling
2 biji lada hijau
1 sudu besar rempah ketumbar
gula dan garam

Daging dipotong nipis dan kecil-kecil dan dibersihkan.
Bawang merah, putih, halia dan lengkuas dihiris nipis-nipis.
Masukkan daging bersama air (sebanyak mana ikut kesesuaian) bahan-bahan yang dipotong tadi, asam gelugur, cili giling, ketumbar yang telah diketuk-ketuk(supaya bijinya pecah) dan lada hijau.  Masukkan gula dan garam. Masaklah hingga daging empuk dan menjadi berminyak. Rasalah dan tambah gula dan garam mengikut kesukaan.

2 comments:

  1. sedap singge daging ni..makan banyak pun tak muak..

    ReplyDelete
  2. Singge ni kalau bulan puasa..masa sahur..selera sikit makannya...

    ReplyDelete