translate

Tuesday 21 February 2012

Ayam Lemon

Beberapa ketul ayam
2 sudu teh kicap manis (jangan terlebih nanti jadi spt kak terlebih bubuh kicap, ayam bila goreng jadi sedikit gelap...huhuhuhu)
Sedikit garam
Ayam yang telah dibersihkan diperap dengan kicap dan sedikit garam dan dibiarkan setengah jam.

4 sudu besar tepung jagung
Sebiji telur
Sedikit lada sulah
 Pukul telur bersama tepung jagung dan kemudian masukkan lada sulah dan sedikit garam
Masukkan ayam tadi dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.

Sos Lemon
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gula
250ml air rebusan ayam
1 sudu besar tepung jagung
2 keping hirisan buah lemon
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam

Kacau tepung jagung dengan air rebusan ayam supaya tidak berketul.
Masukkan semua bahan lain
Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan masukkan dankacau bahan tadi di atas api yang perlahan.
Masaklah sehingga nampak berkilat dan sedikit pekat.

Curahkan sos lemon ke atas ayam apabila kita nak makan.


2 comments:

  1. mesti sedap masam2 manis kan...
    tringin la nk cuba nti...

    ReplyDelete
  2. sedaplah juga tapi kak rasa kalu perap dengan lada sulah dan bawang putih dan celup tepung jagung atau tempura lagi sedap..bagi kak la

    ReplyDelete