translate

Monday 16 April 2012

Ikan Dori Masak Lemon



Ikan dori boleh dibeli di kawasan dingin beku di pasaraya seperti tesco dll
1 ulas bawang putih
Lada sulah
Sedikit garam
cuka
tepung jagung


Ikan dori dibiarkan  cair aisnya dan dibersihkan dengan cuka dan selepas itu dibasuh dengan air biasa.
Tumbuk bawang putih dan perap ikan tersebut dengan bawang putih, lada sulah dan garam
Perap seketika dan ketika hendak menggoreng golekkan ke atas tepung jagung dan digoreng dalam minyak banyak sehingga kekuningan.


Sos Lemon
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gula
250ml air rebusan ayam kalau nak guna air biasa bercampur  kiub pati ayam pun okey..
1 sudu besar tepung jagung
2 keping hirisan buah lemon
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam

Hiasan
Mangga muda diparut..kalau kat kelantan guna pauh ringan...
carrot diparut

Kacau tepung jagung dengan air rebusan ayam supaya tidak berketul.
Masukkan semua bahan lain
Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan masukkan dankacau bahan tadi di atas api yang perlahan.
Masaklah sehingga nampak berkilat dan sedikit pekat.

Curahkan sos lemon ke atas ikan dori apabila kita nak makan.

No comments:

Post a Comment