translate

Friday 20 April 2012

Nasi Goreng Ikan Masin

3 cawan nasi dingin
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Sekeping ikan masin..kak guna ikan talang
Beberapa keping potongan  daging lembu
Sebiji telur
Setengah labu bawang besar
1 sudu besar bawang goreng
beberapa biji cili padi
Sebiji cili merah
Potongan sayur sawi
Hirisan kecil carrot
Lada sulah
Sebiji tomato

Bawang putih diketuk dan ditumis dengan sedikit minyak kemudian masukkan lada merah dan cili padi dan telah dipotong kecil.
Ikan masin dihiris atau potong kecil-kecil dan dimasukkan dalam tumisan bawang putih tadi.  Biarkan sedikit garing dan masak.
Masukkan telur (kak ketepikan sedikit bahan tumisan tadi di pinggir kuali) kalau dan bila nampak masak dan berketul-ketul campur bersama bahan tumisan tadi.
Masukkan daging yang dipotong kecil-kecil dan bila nampak masak masukkan sos tiram, lada sulah, sedikit gula dan garam(pastikan sesuai dengan jenis  ikan masin kita..kalau jenis masin mungkin tak perlu tambah garam)
Masukkan potongan sayur dan carrot, tomato yang telah dibelah 4 dan juga nasi dingin dan juga bawang goreng..  Goreng sehingga masak.Tambah juga lada sulah ketika menggoreng.

No comments:

Post a Comment