translate

Thursday 10 May 2012

Kek Coklat Susu


200 gm tepung gandum
70gm tepung kek
1 sudu teh baking powder
250gm margerin
200gm gula kastor
1 sudu teh ovelette
4 biji telur
60gm susu pekat
2 sudu besar susu cair
2 sudu kecil serbuk koko
1 sudu teh coklat emolco
sedikit air panas
1 sudu teh esen vanila

Ayak tepung gandum, tepung kek dan baking powder.
Pukul margerin dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan esen vanila dan ovelette.
Masukkan telur satu persatu.  Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair. Pukul lagi biar kembang.
Masukkan tepung.  Kacau dengan senduk.
Bahagikan adunan kepada dua.
Satu adunan campurkan bersama dengan serbuk koko dan telah dicampur sedit dengan air panas dan masukkan juga emolco coklat,  Kacau biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Masukkan adunan secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar selama 50 minit dengan suhu 180C.  15 minit pertama guna api bawah dahulu dan selepas itu guna api atas dan bawah.(untuk elak kek merekah).





5 comments:

  1. Mesti rasa sedap kek ni!

    ReplyDelete
  2. Minta maaf tumpang tanya berapa sukatan untuk gula? Tq

    ReplyDelete
  3. Sorry tak nampak....agak2 200g tu manis tak?

    ReplyDelete
  4. sedap ni bolih cuba utk hari raya

    ReplyDelete
  5. aah..tengok pown dah tahu..pasti sedapp

    ReplyDelete