translate

Monday 18 June 2012

Kari Ikan Bawal

3 ekor ikan bawal..sais kecil
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu teh halba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu teh cili giling
Setangkai daun kari
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji cili hijau
sebiji kentang
3 biji bendir
Sebiji buah tomato
1 sudu besar asam jawa
3 cawan santan
Minyak untuk menumis

Ikan bawal dibersihkan dengan asam jawa dan dibersihkan dengan air biasa selepas itu.
Bawang merah, putih dan halia diblender.
Tumis bahan blender dan bila naik bau masukkan daun kari dan rempah kasar.
Selepas itu masukkan halba campur.  Kacau seketika.
Masukkan rempah kari(serbuk) dan cili giling (kalau perlu masukkan sedikit air)
Bila nampak naik minyak masukkan santan.dan juga kentang yang telah dipotong kecil
Masuklah selepas itu ikan  dan cili hijau., bendir dan tomato (biar sebiji)
Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam.
Biar mendidih dan naik minyak (lebih sedap kalau kita masak ia lebih lama dan kuahnya nampak pekat dan berminyak)

No comments:

Post a Comment