translate

Friday 27 July 2012

Spagheti Bebola Daging

Setengah paket Spagheti(dicelur dengan air yang ditambah 2 sudu besar minyak masak hingga lembut)
200gm daging(dikisar)
2 labu bawang besar(dipotong dadu)
3 biji tomato(dipotong dadu)
2 kuntum cendawan kering(direndam dalam air panas dan dipotong kecil)
3 ulas bawang putih(dimayang kecil)
10 biji bebola daging
6 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 biji lada benggala(dipotong dadu)
1 sudu teh oregano
5 biji tomato ceri
2 tangkai daun sup(dipotong kecil)
3 sudu besar parutan ceddar
1 sudu besar keju permesan
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan air

Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar, oregano dan seterusnya daging kisar.
Kacau seketika sehingga turun airnya. Masukkan juga bebola daging.  Kemudian masukkan cendawan dan masukkan tomato yang telah dipotong tadi.
Seterusnya masukkan sos tomato, cili dan sedikit air. Kemudian masukkan lada benggala dan masukkan juga serbuk lada hitam.
Tambahkan air mengikut keperluan dan biar masak sekata, seterusnya masukkan permesan dan juga ceddar.  Masukkan tomato ceri yang telah dibelah 2 dan juga daun sup.  Seterusnya masukkan gula dan garam mengikut rasa.
Bolehlah diangkat
(Cara kak kalau tak nak buat tak apa)
Spagheti yang telah dicelur dimasukkan dalam kuali dan ambil 2 senduk kecil sos tadi dan dan digaul sekejap di atas api yang sederhana sambil dimasukkan juga serbuk lada sulah.

Selamat berbuka puasa.....


No comments:

Post a Comment