translate

Thursday 27 September 2012

Bihun Sup Aroma Rasa


Bahan A
4 ketul tulang lembu(dibersihkan dan direbus mendidih dan dibuang airnya dan direbus kembali dengan air sehingga empuk)
Bahan B
Setengah bungkus beehun(dicelur)
5 ulas bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
5  keping lengkuas(kisar)
1 sudu besar cili giling
3 batang serai(diketuk)
4 helai daun limau purut
1 sudu teh jintan manis(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu besar ketumbar(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
Sekeping asam gelugur
Gula dan garam secukup rasa
Bahan C
Taugeh(dicelur)
Tauhu(goreng dan dipotong kecil)
Cili merah(dipotong nipis)
Cara Penyediaan
1.Tumis bahan kisar dan cili giling sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan tumbuk  Kemudian masukkan daun limau purut dan serai.
3.Masukkan bahan A dan asam gelugur  Masak sampai naik minyak dan mendidih.
4.Dihidangkan bersama beehun dan taugeh, tauhu dan cili merah.

2 comments:

  1. Mengancam resipi niee. patut mencubanyerr, thanks kak share resipi niee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak cukup seronok bagi sesiapa yang ingin mencuba resepi ini, kerana berbaloi bagi yang membuatnya..

      Delete