translate

Wednesday 3 October 2012

Cacha Lapis Keladi


Lapisan Bawah
Setengah tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
300gm keladi yang telah direbus
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Pewarna puple

Cara Penyediaan
1.Ubi keladi diblender bersama susu cair, telur, tepung jagung, pewarna puple  dan sedikit garam hingga hancur.
2.Masak agar-agar bersama air  hingga hancur, kemudian masukkan gula.
3.Apabila gula sudah hancur, masukkan bahan blender tadi.  Masak hingga mendidih dan  diangkat.
4.Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.
5. Nak jadikan berapa lapis tak kisah.Lakukan secara berselang seli(Kalau puding kita beku dalam periuk sebelum dituang ke lapisan seterusnya panaskan semula supaya cair.,

Lapisan Atas
Setengah tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair
1/2 mug gula
2 cawan cacha yang telah direbus hingga lembut
Sedikit garam
Cara Penyediaan

1.Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
2.Masukkan cacha.
3.Kacau perlahan-lahan.
4.Masukkan susu cair dan sedikit garam.
5.Masak sampai mendidih. Matikan api.

Tuangkan ke dalam lapisan puding keladi tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.

2 comments:

  1. rajinnya kak yah..nampak sedap ccacha lapis keladi nih!

    ReplyDelete
  2. Nak tanya kak yah... Kenapa puding berlapis susah nak jd..... Kalau nampak cantik pun kalau dipotong lapisannya mudah pecah dan terpisah..tq kak yah....

    ReplyDelete