translate

Wednesday 31 October 2012

Daging Masak Hitam






300gm daging(potong nipis dan memanjang)
4 ulas bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar cili giling
1 sudu kecil jintan manis(tumbuk)
1 sudu kecil jintan putih(tumbuk)
4 sudu besar kicap manis
Sebatang serai (ketuk)
Selabu bawang besar(potong bulat)
2 sudu besar air asal jawa
Gula dan garam
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Tumis bahan kisar sehingga naik minyak dan masukkan cili giling.  Kacau biar masak sebati.
Masukkan jintan manis dan putih.  Kacau.
Masukkan daging dan serai.  Kacau dan masukkan air asam jawa.
Masukkan juga air.dan kicap  Masukkan juga gula dan garam.  Masak biar empuk dan keluar semula minyak kita tadi..
Masukkan  bawang besar dan bila layu bolehlah diangkat.

1 comment:

  1. sangatttt menarik!
    harus try masak nihh.. mmg seswaii sgt resepi kk yah post
    time2 stock daging korban penuh peti ais... ^_^

    ReplyDelete