translate

Monday 31 December 2012

Kerutuk Terung

3 biji terung(belah taoi tidak putus)
7 biji bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
Seketul lengkuas- 2 inci
Sebatang serai(ketuk)
Sehelai daun pandan
2 sudu besar rempah kerutuk
1 sudu kecil cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji cili hijau
Sekeping gula melaka
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula jika perlu
Minyak untuk menumis
Kerisik..Tak guna sebab malas buat...

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Bila naik bau masukkan cili giling.  Kacau hingga berminyak.  Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.  Kacau seketika.  Masukkan rempah kerutuk.  Masukkan sedikit air.  Kacau biar berminyak.  Masukkan santan dan asam jawa.  Masukkan juga gula melaka dan terung.  Seterusnya masukkan cili hijau dan daun pandan.  Tambah garam dan sedikit gula.  Masak hingga terung betul-betul masak dan layu.  Biar sampai kuah menjadi pekat barulah diangkat.

Sunday 30 December 2012

Nasi Gurih

3 cawan beras(basuh dan toskan)
3 cawan air
2 sudu besar margerin
1 sudu besar minyak masak
sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Sehelai daun pandan
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam
Bawang goreng
Kismis

Panaskan minyak dan margerin.  Bila cair masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.  Masukkan daun pandan dan serbuk kunyit.  Kacau biar wangi.  Masukkan beras dan kacau seketika.  Angkat dari dapur dan masukkan ke dalam periuk elektrik dan masukkan juga air dan garam.  Kacau.  Onkan periuk.  Bila sudah masak masukkan kismis dan bawang goreng.  Kacau sedikit.
(Sesetengah orang masukkan santan, tapi resepi kak ini tidak menggunakan santan dan rempah2 lain seperti kebiasaannya)

Saturday 29 December 2012

Waffle

3 1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan susu segar
6 biji telur
1 sudu besar baking powder
2 sudu kecil vanilla
2 sudu besar gula
1 cawan minyak sayur/ masak
1 sudu kecil garam
Jem, peanut butter, madu dan apa-apa saja

Caranya
1. Tepung diayak bersama baking powder.  Di dalam bekas campurkan juga dengan gula dan garam.
2. Telur diasingkan putih dan kuningnya, yang putih diputar sehingga kembang dan beku (dengan kelajuan tinggi)
3. Kuning telur dipukul dengan garfu dan dicampur bersama susu segar dan minyak tadi.  Kemudian dimasukkan ke dalam campuran tepung. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga vanilla.
4. Masukkan putih telur yang kembang tadi ke dalam bahan yang telah dikacau sebati tadi. Guna teknik kaut dan balik.
5. Sendukkan adunan ke dalam bekas waffle yang telah disapu dengan marjerin dan biarkan ia masak.
6. Sapu dengan jem atau apa saja kesukaan kita pada waffle tersebut.
P/s..Adunan waffle yang tidak habis boleh disimpan dalam peti ais sehingga beberapa hari.

Friday 28 December 2012

Sotong Bakar

2 atau 3 ekor sotong sais besar(dikelar tapi jangan putus)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Sebatang serai(potong nipis)
3 helai daun limau purut(hiris halus)
Sebiji tomato(potong dadu)
1/2 biji bawang besar(dadu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar minyak masak
2 biji kentang(belah tanpa dikupas kulitnya)
Lada sulah dan lada hitam(serbuk)

Campur semua bahan kisar, serai, tomato, kunyit, daun limau purut, air asam jawa, bawang besar,minyak masak, gula dan garam serta lada sulah.  Perap bahan tersebut dengan sotong(10 minit).  Masukkan dalam aluminium foil(bungkus) dan bakar atas kuali rata yang diletak dengan sedikit minyak masak.  Balikkan.  Bakar sekitar 7 - 10 minit.  Di atas kuali yang sama masukkan kentang yang telah ditabur dengan lada hitam dan sedikit garam.  Apabila separuh masak, bungkus dalam aluminium foil dan bakar sehingga masak.
(tips..air yang keluar dari sotong bakar tadi dipanaskan semula dan dicampur dengan sedikit tepung jagung, kacau sehingga sedikit pekat sebelum dicurah pada sotong ketika menghidang)

Thursday 27 December 2012

Kuih Lompang Gula Merah

(Sumber dari Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi - Chef Hanieliza..maaf ya ada sedikit perubahan dari segi sukatan)
2 cawan tepung beras
1/4 sudu teh kapur(bancuh dengan sedikit air dan ditapis)
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah

Masak air bersama gula pasir dan gula merah hingga sedikit mendidih.  Sejukkan.
Bancuh tepung dengan air gula tadi dan masukkan juga air kapur.  Tapis.  Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Panaskan pengukus dan bila air mendidih panaskan juga acuan lompang seketika.  Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.  Bila masak keluarkan dan biarkan seketika.  Boleh dihidang dengan kelapa parut yang telah dikukus sekejap dan selepas itu digaul dengan sedikit garam.

Wednesday 26 December 2012

Cupcake Coklat Pisang

Bahan-bahannya
180gm mentega dicairkan
4 biji telur
270gm gula perang
2 sudu teh vanila
1 sudu teh garam
180gm tepung naik sendiri
100gm serbuk koko
1 cawan susu cair
40gm valnut dicincang
30gm serbuk badam
3 biji pisang masak dilenyek
100gm coklat chip

Ayak tepung, garam dan serbuk koko.
Pukul telur dengan gula perang sehingga kembang.  Kemudian masukkan mentega dan pisang. Masukkan juga serbuk badam dan valnut, putar dengan kelajuan sederhana..   Masukkan susu, esen dan juga campuran tepung tadi.   Pukul kelajuan sederhana sehingga sebati.  Akhir sekali masukkan coklat chip, kacau biar sebati.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Masukkan bekas cupcake ke dalam petitin dan masukkan adunan ke dalam bekas cupcake tersebut..  Bakar selama 25 minit atau kek masak.

Tuesday 25 December 2012

Bihun Goreng Sayur Tau Mill

1/2 bungkus bihun(rendam biar lembut)
4 ulas bawang putih(tumbuk)
Sebiji cili merah(potong nipis)
1 sudu besar sos tiram
Udang segar(kupas kesemua kulitnya dan dipotong 2)
Seekor sotong(potong memanjang)
Sedikit daging lembu (Potong kecil)
Taugeh daun(Tau Mill)
Sebiji telur
Sebiji buah tomato(belah 4)
Lada hitam
Lada sulah
Daun sup(potong kecil)
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Udang, sotong dan perap dengan sedikit garam dan lada sulah
Tumis bahan tumbuk sampai wangi..  Pecahkan telur dan kacau biar telur berketul kasar.
Masukkan daging dan dokacau seketika.
Masukkan bahan perap dan sos tiram.
Masukkan air(kalau kak 2 cawan..bergantung pada jenis bihun dan masa kita rendam bihun)
Bila mendidih masukkan gula(2 sudu besar), garam, dan bihun.
Masukkan sayur tau Mill.
Kacau sehingga hampir masak dan kering airnya.  Masukkan bawang goreng, tomato, serbuk lada hitam  dan daun sup.
Kacau dan pastikan bihun kita masak.
Angkat dan boleh dihidangkan.

Sunday 23 December 2012

Pisang Goreng ala Korea

3 - 4  biji pisang
30gm tepung naik sendiri
2 biji putih telur
10gm gula kastor
Minyak untuk menggoreng.

Pukul telur dengan gula hingga pekat(merringue)  Masukkan tepung dan kacau biar sebati.
Potong pisang dan dimasukkan dalam adunan.  Goreng dalam minyak yang panas sehingga masak kekuningan.

Saturday 22 December 2012

Spaghetti Bolognese

Setengah paket Spagheti(dicelur dengan air yang ditambah 2 sudu besar minyak masak hingga lembut)
200gm daging(dikisar)
2 labu bawang besar(dipotong dadu)
3 biji tomato(dipotong dadu)
3 ulas bawang putih(dimayang kecil)
6 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu teh oregano
5 biji tomato ceri
2 tangkai daun sup(dipotong kecil)
1 sudu besar keju permesan
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan air

Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar, oregano dan seterusnya daging kisar.
Kacau seketika sehingga turun airnya dan masukkan tomato yang telah dipotong tadi.
Seterusnya masukkan sos tomato, cili dan sedikit air. Kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Tambahkan air mengikut keperluan dan biar masak sekata, seterusnya masukkan permesan .  Masukkan tomato ceri yang telah dibelah 2 dan juga daun sup.  Seterusnya masukkan gula dan garam mengikut rasa.
Bolehlah diangkat

Friday 21 December 2012

Nasi Lemak Pandan Hijau

3 cawan beras
2 1/2 cawan santan
4 helai daun pandan(blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
2 ulas bawang merah(mayang)
2 inci halia(hiris nipis)
Gula dan garam
Setitik pewarna hijau

Masak santan bersama bawang dan halia ,Masukkan juga gula, garam dan pewarna hijau.  Masak sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.  Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak..

Sambal Bilis
Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 keping gula melaka
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditutup apinya.

Sambal Tumis Kerang
300gm isi kerang
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
4 sudu besar cili giling
Sedikit belacan
2 sudu kecil asam jawa
Setengah keping gula melaka
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Isi kerang dibersihkan dan ditoskan.
Bawang merah, putih dan halia diblender.
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender dan masukkan cili giling.  Tumis biar betul-betul naik minyak, kemudian masukkan belacan.  Kacau lagi dan seterusnya masukkan gula melaka dan air asam jawa.
Masukkan isi kerang.  Kacau hingga masak dan berminyak.
Masukkan gula,dan garam.
Bila nampak sedikit berkilat bolehlah diangkat.

Nasi lemak dihidangkan juga bersama telur rebus, timun dan ikan bilis goreng garing.

Thursday 20 December 2012

Apam Tapai Ubikayu


Bahan-bahannya
4 - 5 ketul tapai ubikayu(bila dilenyek lebih kurang 1 cawan)
1 cawan gula(kurangkan sikit bergantung kepada kemanisan tapai)
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Sepeket eno

Caranya
Blender tapai ubi, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno dan kacau.  Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan sehingga hampir penuh.  Kukus selama 10 - 15minit.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam.

Wednesday 19 December 2012

Jemput-jemput Pisang

3 biji pisang
Sebiji telur
2 cawan tepung gandum
5 - 7 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu teh double action baking powder
1/2 sudu teh vanila
Minyak untuk menggoreng

Lenyekkan pisang dan campur dengan telur, tepung, garam, gula, vanila dan serbuk penaik tadi..  Kacau atau gaul dengan rata. Biarkan seketika(10 minit)
Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

Tuesday 18 December 2012

Kek Pisang Coklat

Bahan-bahannya
180gm mentega dicairkan
4 biji telur
270gm gula perang
2 sudu teh vanila
1 sudu teh garam
180gm tepung naik sendiri
100gm serbuk koko
1 cawan susu cair
40gm valnut dicincang
30gm serbuk badam
3 biji pisang masak dilenyek
100gm coklat chip

Ayak tepung, garam dan serbuk koko.
Pukul telur dengan gula perang sehingga kembang.  Kemudian masukkan mentega dan pisang. Masukkan juga serbuk badam dan valnut, putar dengan kelajuan sederhana..   Masukkan susu, esen dan juga campuran tepung tadi.   Pukul kelajuan sederhana sehingga sebati.  Akhir sekali masukkan coklat chip, kacau biar sebati.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Alas loyang dengan kertas kek yang telah disapu margerin.  Masukkan adunan dan bakar selama 50 minit ke 1 jam atau sehingga masak.

Monday 17 December 2012

Udang Goreng Mentega

10 ekor udang segar(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
Seulas bawang putih(tumbuk)
Sedikit kunyit(tumbuk)
Setengah labu bawang besar(potong bulat)
Cili  merah(potong nipis)
2 sudu besar mentega/margerin
Beberapa titik cuka
Sedikit garam

Perap udang dengan bahan tumbuk, garam dan cuka.
Panaskan mentega biar cair kemudian masukkan udang tersebut...Goreng sehingga hampir masak.  Masukkan bawang bwsar dan lada merah.  Apabila layu bolehlah diangkat.


Sunday 16 December 2012

Lala Masak TomYam


Sekilo lala (basuh dan rendam separuh hari..tips..letak sebiji cili api)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu besar cili giling
sekeping asam gelugur
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Gula/perasa dan garam

Cara-cara
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis dalam minyak yang panas dan biar seketika.
2. Masukkan cili giling dan biar naik bau kemudian masukkan daun limau purut dan serai dan asam keping tadi.Kacau seketika dan seterusnya masukkan air dan juga lala yang telah ditoskan.  Masukan bahan perasa dan sedikit garam.Biar mendidih dan kulit lala terbuka(jangan dikacau sangat..isinya mudah terkeluar)

Saturday 15 December 2012

Roti Pandan Kelapa

500gm tepung roti(high protein)
240ml air daun pandan
2 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
4 sudu besar shortening(lemak sayur)
3 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Inti Kelapa
Kelapa parut dimasak dengan gula, daun pandan, beberapa kuntum bunga cengkih dan dimasukkan sedikit pewarna hijau.  Masukkan juga sedikit air.  Masak seperti hendak membuat inti ketayap.

Cara Membuat adunan roti
1.Masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula  dan biar jadi bulat. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau tutup dengan plastik raping selama 40 minit(kalau kak letak di atas peti air..dia ada wap-wap panas).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan.dan biarkan selama 10 minit.
5. Masukkan inti kelapa manis pada setiap adunan tersebut dan masukkan dalam kertas kek mangkuk.  Biarkan seketika selama 20 minit.  Semasa nak membakarnya masukkan ke dalam bekas/loyang kek mangkuk/petitin..
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan ditabur dengan kelapa kering.  Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.  Bila dikeluarkan dari oven, sapu permukaan atas roti dengan margerin dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....Walaupun uli tangan kelembutannya tetap sama...

P/s..Roti ni kak buat secara uli tangan saja....BMku yang terkena petir dulu tak hantar kedai lagi..bila la...huhuhuhu....

Friday 14 December 2012

Sawi Goreng

2 ulas bawang putih(ketuk hancur)
Beberapa ekor udang segar(kupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
Seketul hati dan pedal ayam(dipotong kecil)
Sedikit kunyit serbuk
Beberapa titik cuka
Sedikit garam
Semua bahan diperap seketika.

Setengah labu bawang besar(potong bulat nipis)
Beberapa tangkai sawi(potong)
Sebiji tomato(belah 4)
Sebiji lada merah/hijau(potong nipis)
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis.

Panaskan minyak dan tumis bahan perap hingga masak(goreng hati dan pedal dahulu bila hampir masak baru masukkan udang).  Masukkan bawang besar dan lada merah.  Akhir sekali masukkan sawi, tomato dan bahan perasa.  Angkat dan boleh dihidangkan.

P/s..kalau nak perap berasingan antara hati, pedal ayam dengan udang pun boleh juga..


Wednesday 12 December 2012

Apple Pie

Sumber: Buku Masakan Barat

250gm tepung gandum
110 gm mentega
70gm gula kastor
Sebiji telur

Campurkan tepung bersama gula dan mentega.  Gaul dan jadikan serbuk roti(berderai)
Masukkan telur(pukul dahulu dengan garfu) dan uli menjadi doh yang lembut
Canaikan adunan menjadi rata dan sama ketebalannya.
Masukkan inti pai, gulung  dan kemaskan.
Sapu permukaan pai dengan telur yang telah pukul dengan garfu.
Bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 180C

Inti Pai

6 biji buah epal(kepas kulit dan potong kecil)
100gm gula perang
1 sudu besar gula kastor
Sebatang kulit kayu manis
50gm kismis(opsyen)
30gm valnut(cincang(opsyen)
1/2 sudu besar tepung jagung
50gm air

Masak epal bersama gula perang dan kastor hingga gula hancur.  Masukkan kulit kayu manis, kismis dan valnut.  Masak sehingga epal empuk.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.  Kacau seketika sehingga pekat.

Tuesday 11 December 2012

Brown Velvet Cheesecake

Bahan Kek 
2 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1/2 sudu besar Pewarna hijau

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna hijau dan campuran baking powder dengan cuka ke dalam adunan.  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble bagi dilakar di atas lapisan keju...Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.

Monday 10 December 2012

Kek Mangkuk Yogurt Coklat

Sumber resepi dari buku kek-kek mangkuk
Menghasilkan 10 biji kek mangkuk

Bahan-bahannya
125gm tepung gandum
1/4sudu teh baking powder
1/4sudu teh soda bikarbonate
110gm gula kastor
2 biji telur
60gm mentega
60gm coklat6 masakan(dicairkan)
75gm yogurt biasa
35ml susu pekat
Secubit garam
1 sudu teh vanila

Krim coklat
100gm coklat masakan
25gm mentega
2 sudu besar krim putar

Caranya
Ayak tepung dengan baking powder dan soda bikarbonate.
Pukul/putar mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi.  Selang seli dengan telur, pukul biar rata.  Masukkan tepung.  Kaup dan balik adunan tersebut  Masukkan juga garam.
Satukan togurt, susu dan esen vanilla.  Satukan ke dalam adunan kek.
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.  Isikan adunan ke dalam bekas cupcake separas 2/3 penuh dan bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Sementara itu, cairkan coklat dan  mentega secara double boil.  Apabila sejuk masukkan krim putar.  Sapukan pada permukaan kek mangkuk kita tadi.

P/s..terdapat sedikit pengubahsuaian pada resepi asal kek ini...


Sunday 9 December 2012

Puff Apple

Sumber inti Puff daripada Buku Masakan Barat
Inti Puff
6 biji buah epal(kepas kulit dan potong kecil)
100gm gula perang
1 sudu besar gula kastor
Sebatang kulit kayu manis
50gm kismis(opsyen)
30gm valnut(cincang(opsyen)
1/2 sudu besar tepung jagung
50gm air

Masak epal bersama gula perang dan kastor hingga gula hancur.  Masukkan kulit kayu manis, kismis dan valnut.  Masak sehingga epal empuk.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.  Kacau seketika sehingga pekat.  Angkat dan sejukkan.

Kulit puff
Air paip
Sebiji telur(pukul dengan garfu)

Letakkan inti  atas kulit puff, sapu sekelilingnya dengan air dan lipat secara segitiga.  Kemaskan dengan cara menekan menggunakan hujung garfu.  Alas loyang dengan kertas kek.  Sapu telur pada atas kulitnya dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.

Saturday 8 December 2012

Lapis warna Warni

5 cawan santan(1 1/2 cawan santan pekat dicampur dengan air bagi menjadikan 5 cawan santan)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Perisa keladi
Pewarna makanan
Sedikit garam

Panaskan santan dan gula sehingga gula menjadi hancur.  Sejukkan.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam santan.  Masukkan juga garam dan perisa keladi.
Bahagikan adunan kepada 5 bekas yang berasingan dan masukkan pewarna merah, kuning, hijau, biru dan puple dalam bekas/mangkuk tersebut.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan kukus setiap adunan berwarna selama 5 atau 7 minit(satu adunan dapat buat dua lapis).  Bagi lapisan terakhir kukus selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dari pengukus dan sejukkan dan boleh dikeluarkan kuih tersebut dari loyang,

Friday 7 December 2012

Bingka Ubi Kayu

4 cawan ubi kayu yang telah diparut(lebih kurang sekilo ubi kayu)
2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula(kak suka manis)
70gm kelapa parut
3 biji telur
2 sudu besar mentega
2 sudu teh vanila
Pewarna kuning
Sedikit garam

Kacau ubi kayu dengan kelapa parut.
Kacau atau blender gula, santan, telur,mentega, pewarna kuning, garam dan vanila.
Campur keduanya dan masukkan dalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.
Bakar selama 1 1/2 jam dengan suhu 190C dalam rak paling bawah dalam oven.
Potong bila bingka betul-betul sejuk.

Thursday 6 December 2012

Nasi Komok

3 cawan beras
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu teh jintan manis(tumbuk)
1 sudu teh  jintan putih(tumbuk)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk)
3 biji tomato
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan
7 ketul ayam
3 cawan air (kalau beras siam lebihkan 1/2 atau 1 cawan)
Minyak untuk menumis


Caranya
Bawang merah, putih,halia dan tomato diblender.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender tadi dan masukkan juga bahan tumbuk,, kulit kayu manis, bunga lawang ,dan buah pelaga, 
Masukkan juga daun pandan dan juga ayam, gula dan garam.  Kacau seketika, seterusnya masukkan air.  Bila kelihatan ayam hampir masak bolehlah matikan api .
(pastikan ayam kita ada rasa manis dan sedikit masinnya)
Basuh beras dan ditoskan.  Masukkan dalam periuk nasi dan masukkan air rebusan tadi..  Pastikan kita sukat air sebanyak mana sukatan beras...kalau beras siam lebihkan 1/2 cawan.
Ayam digoreng /grill dalam minyak yang sedikit.

Untuk hidangan bolehlah dimakan dengan sup ayam dan sos lada seperti nasi ayam dan juga daun salad , tomato dan timun,/acar timun

Sos Lada

Cili merah
seulas bawang putih
Sedikit cuka
1 sudu besar sos cili
gula dan garam
Semua bahan diblender dan rasalah mengikut kesukaan

Sup Ayam
Bahagian ayam yang tidak digunakan untuk perapan ayam seperti sayap, kaki,tengkuk dan apa2 aja...
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang
Serbuk lada hitam
garam dan perasa
Semua bahan ini direbus dengan air yang secukupnya. dan  dibiarkan mendidih dengan agak lama)

Wednesday 5 December 2012

Ayam Panggang Herba

Setengah ekor ayam(dipotong)
Sebiji bawang besar(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
1/2 inci kunyit(kisar)
Sebiji tomato(kisar)
Setangkai daun rosemary(kisar)
Setangkai daun thyme(kisar)
Setangkai daun sup(kisar)
1/2 sudu teh herba campuran
1/2 sudu teh allspices
2 sudu besar minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Garam

Adunkan semua bahan termasuk minyak zaitun dan perap pada ayam tersebut seketika.
Goreng dalam minyak yang sedikit separuh masak.  Seterusnya bakar dalam ketuhar suhu 180C selama setengah jam atau ayam masak.  Air ayam yang berbaki pada pan dan loyang pembakar satukan dan masukkan sedikit tepung jagung yang berbancuh sedikit air.   Masak dan kacau sehingga mendidih.  Tuang pada ayam tersebut.

Tuesday 4 December 2012

Gulai Telur Itik

4 biji telur itik(basuh kulitnya)
5 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit kunyit(kisar)
sedikit halia(kisar)
1/2 sudu besar cili giling
Sebatang serai(ketuk)
2 cawan santan
Sekeping asam keping
Gula dan garam
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili giling hingga wangi.  Masukkan serai.  Kacau seketika.
Masukkan santan dan asam keping.  Bila mendidih masukkan telur satu persatu.  Jangan dengan berhati-hati untuk tidak memecahkan telur tersebut.  Masukkan gula dan garam ikut cita rasa masing-masing.  Masak sehingga telur betul-betul masak dan mengeras.




Monday 3 December 2012

Daging goreng

1/4 kilo daging lembu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit atau 1/2 inci kunyit hidup
1 biji lada hijau
Daun bawang(potong pendek)
Tomato(belah 4)
1/2 labu bawang besar
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh kicap
1/2 sudu teh cuka
Sedikit air asam jawa
Garam

Daging dipotong nipis-nipis dan ditoskan.
Bawang merah, putih, halia dan kunyit(kalau guna kunyit hidup) diblender.
Keluarkan dan dicampur dengan garam, cuka dan sedikit asam jawa dan kunyit serbuk(kalau guna kunyit serbuk)
Peraplah bersama daging tadi sekejap.
Panaskan minyak dan masuklah daging dan gorenglah sehingga masak.
Kemudian masukkan sos tomato, cili dan kicap manis ke dalam daging tadi.
Masukkan juga bawang besar yang telah dipotong bulat, tomato dan lada hijau yang telah dipotong kecil.
Sebelum diangkat masukkan daun bawang tadi.

Sunday 2 December 2012

Gulai Kuning Udang Bersama Ubi Badak





Sebiji ubi badak saiz kecil(potong 4 persegi saiz kecil)
10 ekor udang segar(berkulit)
4 biji bawang merah(kisar/tumbuk)
Setengah inci lengkuas(kisar/tumbuk)
Sedikit kunyit
1/2 sudu besar cili giling
Sekeping asam keping
Sebiji cili hijau
1 1/2 cawan santan
Sedikit gula dan garam

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar, cili giling dan kunyit hingga wangi.  Masukkan santan dan asam keping.  Bila hampir mendidih masukkan ubi badak dan cili hijau.  Bila ubi hampir empuk, masukkan udang, sedikit gula(kalau perlu) dan garam.  Angkat bila sudah masak.


Saturday 1 December 2012

Apam Tapai Pulut





Bahan-bahannya
1 mangkuk tapai pulut
1 mangkuk gula
2 mangkuk tepung beras
2 mangkuk air
Sepeket eno

Caranya
Blender tapai pulut, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno dan kacau.  Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan sehingga hampir penuh.  Kukus selama 15 - 20 minit.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam.