translate

Saturday 15 December 2012

Roti Pandan Kelapa

500gm tepung roti(high protein)
240ml air daun pandan
2 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
4 sudu besar shortening(lemak sayur)
3 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Inti Kelapa
Kelapa parut dimasak dengan gula, daun pandan, beberapa kuntum bunga cengkih dan dimasukkan sedikit pewarna hijau.  Masukkan juga sedikit air.  Masak seperti hendak membuat inti ketayap.

Cara Membuat adunan roti
1.Masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula  dan biar jadi bulat. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau tutup dengan plastik raping selama 40 minit(kalau kak letak di atas peti air..dia ada wap-wap panas).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan.dan biarkan selama 10 minit.
5. Masukkan inti kelapa manis pada setiap adunan tersebut dan masukkan dalam kertas kek mangkuk.  Biarkan seketika selama 20 minit.  Semasa nak membakarnya masukkan ke dalam bekas/loyang kek mangkuk/petitin..
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan ditabur dengan kelapa kering.  Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.  Bila dikeluarkan dari oven, sapu permukaan atas roti dengan margerin dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....Walaupun uli tangan kelembutannya tetap sama...

P/s..Roti ni kak buat secara uli tangan saja....BMku yang terkena petir dulu tak hantar kedai lagi..bila la...huhuhuhu....

No comments:

Post a Comment