translate

Wednesday 16 January 2013

Kari Daging dan Terung Bulat

300gm daging(potong nipis)
3 biji terung bulat(belah 4)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga(3) dan bunga lawang(2)
3 sudu besar rempah kari daging(Alagapas/babas)
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji cili merah/ hijau
3 cawan santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selepas itu masukkan serbuk kari, kacau(tambah sedikit air) dan seterusnya masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi , Kacau dan tutup periuk supaya daging mudah empuk dan pastikan jangan hangit.(guna api yang kecil)- kalau nak guna periuk tekanan pun okey.  Apabila daging emput boleh masukkan santan. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Biar sedikit mendidih. Masukkan terung yang telah dipotong dan cili, pastikan terung betul-betul masak .  Masaklah sehingga  naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

No comments:

Post a Comment