translate

Thursday 18 April 2013

Kek Lapis Betawi

Terima kasih pada blog citarasawan atas resepi kek lapis ini.

Bahan-bahannya
Bahan A
300gm mentega
150gm gula kastor
14 biji kuning telur
6 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
150gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar

bahan C
180gm tepung hongkong
2 sudu teh rempah campuran
1sudu teh baking powder

Pewarna(kak guna 3 pewarna berlainan dalam setiap adunan dan 1 adunan warna plain(asal)

Bahan Sapuan
3 sudu besar margeri
2 sudu besar susu pekat manis

Caranya
Putar mentega dengan gula sehingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen.  Putar lagi.
Masukkan kuning telur satu persatu.  Putar sehingga kembang.
Ketepikan seketika.

Putar putih telur(pastikan mesin pemutar telah dibersihkan dan dikeringkan dahulu) sehingga berbuih.
Masukkan gula kastor dan krim of tartar.
Putar sehingga pekat dan beku.

Panaskan ketuhar dengan sauhu 180C.
Ayak bahan C dan masukkan dalam adunan bahan A.  Kacau biar sebati.
Masukkan bahan B dan kacau dengan cara kaup dan balik.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama banyak.
Warnakan ketiganya dan satu warna asal.
Sediakan loyang dan alas dengan kertas kek.
Ambil 3 sudu besar adunan dan ratakan.
Bakar selama 10 minit dengan api atas dan bawah.,
Keluarkan dari ketuhar dan tekan kek supaya mampat.
Sapu dengan bahan sapuan.
Masukkan 3 sudu besar adunan lain warna dan bakar dengan api atas sahaja selama 10 minit.
Keluarkan dan tekan seperti tadi dan sapu dengan bahan sapuan.
Lakukan proses berulangan sehingga habis.
Untuk lapis terakhir bakar selama 15 minit dengan api atas dan bawah.
Keluarkan dari loyang dan bolehlah dipotong.

2 comments: