translate

Monday 22 April 2013

Kerutuk Puyuh

4 ekor puyuh belah 2
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
Sehelai daun pandan
1/2 keping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar
2 biji kentang
Sebiji lada hijau
2 cawan santan pekat
Minyak untuk menumis

Puyuh dibersihkan dan ditoskan
Bawang merah, putih dan halia diblender,
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan .  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah daging puyuh dan sedikit air.Kacau seketika dan masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.    Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong tebal-tebal dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.
PS kalau nak masukkan kerisik lagi bagus...kak malas nak buat...

No comments:

Post a Comment