translate

Sunday 2 June 2013

Kerabu Perut Mangga Muda

1/2 kg perut lembu (rebus dengan air hingga mendidih, angkat buang airnya dan rebus sekali lagi dengan air yang lain, dan sedikit garam hingga lembut dan toskan)
4 biji bawang merah(mayang halus)
Segenggam daun kesum(potong halus)
Bunga kantan(hiris nipis bulat)
Mangga muda(potong kecil memanjang)
Cili padi(potong kecil bulat)
2 atau 3 biji limau nipis(ambil jusnya)
2 helai daun limau purut(potong nipis)
2 batang serai(potong kecil bulat)
Tomato(potong kecil)
Beberapa batang daun ketumbar(potong kecil)
Gula dan garam

Potong nipis perut dan digaul dengan semua bahan lain.
Biar ada rasa sedikit manis dan masam serta pedas

3 comments:

  1. salam kak yah..

    bestnya menu kerabu perut dan mangga..mesti sedap kan..buat kecur air kiur tengok menu tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. Lama tak jumpa perut kak Yah... sedapnya kak!

    ReplyDelete
  3. salam kak yah...

    suka sangat kerabu perut..dah lama tak buat kerabu...

    ReplyDelete