translate

Thursday 20 June 2013

Puding Roti Bersos Kastad

8 keping roti
400ml susu cair
100ml air
4 sudu besar gula
2 sudu besar mentega(dicairkan)
3 biji telur
1 sudu besar tepun g jagung
1 sudu teh vanilla
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 cawan kismis

Panaskan ketuhar dengan suhu 170 - 180C
Carik-carikkan roti dan rendam seketika bersama susu cair yang telah bercampur dengan air.
Pukul telur dengan pemukul tangan dan masukkan mentega cair, vanilla, serbuk kayu manis, gula,  dan tepung jagung
Masukkan 1/2 cawan kismis.Kacau
Campur bersama kedalam roti dan kacau biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan masukk sebahagian adunan.
Tabur kismis sebahagian lagi di atasnya.
Masukkan lebihan adunan tersebut dan tabur kesemua lebihan kismis di atas adunan tersebut.
Bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar kastad
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Campur semua bahan dan masak dengan api yang sederhana sehingga sedikit pekat.

4 comments:

  1. cantik betul kak yah..bila kena plak dgn sos nya..aduhh..zila dapat ceri pun jadila..mesti dah habis kan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan puding roti dengan sos kastad.

    ReplyDelete
  3. Sy xprnh try buat puding roti cmni lg...insyaAllah

    ReplyDelete
  4. aduh sedapnya...makan sejuk2 yummyyyy

    ReplyDelete