translate

Monday 17 June 2013

Walnut Torte Cake







Sumber dari AFC. Baking With Anna Alson 3

Bahannya
1 cawan walnut
1 cawan tepung gandum
7 biji telur(A)
3/4 cawan gula kastor

Caranya
Menggunakan pengisar, kisar kacang walnut bersama 1/2 cawan tepung gandum sehingga sebati.
Pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula.  Pukul lagi hingga betul-betul pekat.
Menggunakan teknik kaup dan balik, masukkan sebahagian tepung gandum(yang telah diayak) dan juga bahan kisar tadi.
Adun bahan biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas bawahnya dengan kertas kek.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 30 minit.
Sejukkan kek sebelum dipotong dua.

Kastad topping
1 cawan susu segar
3 sudu besar tepung kastad
1/4 cawan madu
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula ising
2 cawan walnut(kak guna 1 cawan ajee)

Jem apricot secukupnya

Caranya
Masak dengan api yang perlahan susu bersama tepung kastad sehingga hampir mendidih.
Masukkan madu, garam dan vanila.  Kacau hingga pekat dan sejukkan sehingga beku.
Kisar kacang walnut bersama gula ising sehingga hancur dan sebati.
Putar kastad tadi sehingga hancur dan masukkan mentega.  Putar biar kembang dan berkrim.
Masukkan campuran walnut dan gula ising.  Putar biar sebati.

Sapu kek yang dipotong dengan jem apricot pada seluruh permukaannya.
Sapukan topping tadi di atasnya.
Tutup dengan bahagian kek yang satu lagi.
Sapu lebihan krim pada keseluruhan kek.


4 comments:

  1. Assalamualaikum...nk tanya kek tu tak guna butter atau minyak ke....

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    wah menariknya kek ni kak..mesti sedap kan kerana resepi dari anna olson..saya pun suka tengok dia baking cake..

    ReplyDelete
  3. memang untuk keknya tak guna butter atau minyak..mungkin kandungan minyak dlm walnut dah mencukupi...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....memang menarik sungguh kek ni....nampak pun dah sedap....

    ReplyDelete