translate

Thursday 26 September 2013

Puding Roti Marble

10gm serbuk agar-agar
500ml air
4 keping roti
2 biji telur 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas)

Masak agar dengan air hingga mendidih.
Blender roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, dan esen vanila hingga hancur.
Masukkan ke dalam periuk agar-agar tersebut.  Biar mendidih.
Angkat dan bahagikan kepada 2 bekas(2/3 dan 1/3)
Masukkan bancuhan koko ke dalam adunan 1/3  tadi.
Tuang adunan plain dan adunan koko secara berselang seli..
Bekukan dan sedia untuk dipotong.

3 comments:

  1. salam Kakyah...puding roti yang sedap

    ReplyDelete
  2. Sukatan gula berapa kak yah?

    ReplyDelete
  3. ooo kyah tersalah tulis..tak perlu guna gula lagi sebab susu manis dah ada...tp kalau try dan perlu tambah gula apa salahnya...ikut cita rasa sendiri ye...

    ReplyDelete