translate

Thursday 19 September 2013

Roti Pintal Sosej

300 gm tepung roti
80 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
160ml air suam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur(pukul dengan garfu)
Sosej(rebus dan toskan)

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Topping
Sos tomato
Sos cili
Sayur campuran
Mozarella parut
Mayonis

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung, yis, dan bahan lain (kecuali sosej)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Apabila masa ketuhar tamat biarkan lagi selama ketuhar kita panas(20 minit)
Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk bagi mengeluarkan anginnya.
Uli dan bulatkan sebanyak 12 - 13 ketul.
Letakkan sosej dan lakukan teknik seperti yang tertera dalam gambar.
Letakkan dalam loyang yang telah di alas dengan kertas kek.
Biarkan ia mengembang semula(10 minit)
Sapukan sos dan tabur dengan sayur campuran dan mozarella.
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit..
Bila sudah masak bolehlah di paipkan dengan mayonis di atasnya.


Semasa memotong jangan sampai terpotong keseluruhannya sekadar sehingga memotong sosej tersebut.
Semasa membentuk jalinan, buka menghala ke kanan selepas itu ke kiri dan ke kanan semula dan ke kiri dan lalukan sehingga habis potongan tersebut.

Cara /proses menguli boleh rujuk

4 comments:

  1. sedapnyer kak..lama tak meroti ni..

    ReplyDelete
  2. nnti nak cuba stail i9ni pulak!! tq

    ReplyDelete
  3. Masa D5 zaman kolej2 suker beli roti nie mmg sedap :)

    ReplyDelete
  4. ee zila suka makan dulu ni..ooh x la susah sgt bntuk bunga tu..t leh try ni kak yah..

    ReplyDelete