translate

Sunday 19 January 2014

Pai Ayam Bercendawan

Kulit pai
260gm tepung gandum
200gm mentega(potong dadu)
70gm yogurt asli
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur

Gaul bersama tepung, gula dengan mentega menjadi serbuk roti.
Masukkan kuning telur dan yogurt.
Adun supaya menjadi doh yang lembut(kalau keras tambah sedikit yogurt dan lembut tambah sedikit tepung)
Masuk/simpan dalam peti ais selama 1/2  jam.

Inti pai
300gm isi ayam(potong kecil2)
Selabu bawang besar(potong dadu)
1/2 biji lada benggala(potong dadu)
3 biji bawang putih(mayang nipis)
3 keping cendawan hitam(rendam dalam air panas sehingga kembang dan potong nipis)
Sebiji carrot(sagat)
Sedikit daun thyme(tukar daun sup pun ok)
Serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih
Masukkan isi ayam dan sos tiram.
Kacau dan masukkan lada hitam.
Masukkan daun theme (kak guna yang kering)
Masukkan cendawan, kacau seketika dan masukkan carrot.
Masukkan bawang besar dan lada benggala dan sedikit gula dan garam.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau biar sedikit pekat.
Boleh diangkat.

Panaskan ketuhar dengan suhu 190C
Nipiskan sedikit doh di atas tapak tangan dan masukkan ke dalam bekas aluminium yang sesuai.
Potong bahagian yang berlebihan dan masukkan intinya.
Buat penutup di atasnya dengan cara yang sama dan potong bahagian berlebihan.  Kemaskan bahagian tepinya dengan garfu.
Sebelum bakar sapu dengan kuning telur.
Bakar selama 30 minit atas sehingga masak.




No comments:

Post a Comment