translate

Friday 17 January 2014

Roti Labu Manis

Yang sebenarnya dari lebihan buat donat labu kakyah buat Roti Labu Manis ini.  Resepi deari Donat Labu terjadilah roti ini.  Walaupun asalnya resepi donat bila menjadi roti masih gebu dan lembut.  Dan yang menariknya warna kekuningannya hati menawan.......
Resepi ini kakyah kopi pes dari resepi donat labu kakyah.

Bahannya
500gm tepung gandum
1/4 biji labu(rebus dan lenyek)
3 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
3 sudu besar shortening
2 sudu besar taufu lembut
1 sudu kecil baking powder

Sepeket yis mauripan(11gm)
1 biji Telur(pukul dengan garfu)
Air
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan salutan
Gula pasir halus

Masukkan telur dalam mangkuk, masukkan susu pekat dan air.  Biar sukatan menjadi lebih kurang 170ml.
Masukkan yis dan biarkan sehingga berbuih.

Dalam bekas lain, masukkan tepung, baking powder, labu taufu lembut, gula, shortening dan susu tepung...Biar bercampur.
Bulatkan lubang di tengahnya.  Masukkan cecair tadi dan adun biar menjadi ketulan yang kasar.
Masukkan dalam beg plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Cara mengulinya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
Masukkan adunan ke dalam bekas/mangkuk besi dan perap seperti yang telah dirujuk tadi.
Bila adunan telah kembang tumbuk dan buat ketulan yang kecil(60gm)
Masukkan dalam bekas yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Untuk mendapat roti seperti di atas susun doh roti disekeliling bekas bulat dengan kedudukan hampir rapat, bila ia mengembang ia akan mengunjur ke hadapan.
Biarkan doh naik sekali ganda dan sebelum membakar sapu atasnya dengan kuning telur dan tabur dengan bijan hitam  Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.
Separuh masa membakar tutup atas roti dengan aluminium foil bagi mengelak permukaan atasnya hitam.
sejukkan atas redai dan tutup dalam bekas kedap udara.

1 comment: