translate

Thursday 27 February 2014

Sayur Bersos Tiram

Sayurannya
Baby kailan
Carrot(potong memanjang)
Tomato ceri
Lada benggala
Bun\ga kobis
Kobis cina
Apa-apa sayur yang sesuai..kalau nak guna ketiak jagung pun ok

Sayur2 ni dicelur dengan air yang diletak sedikit minya dan garam..kakyah guna minyak zaitun.
Bila angkat toskan dan letak dalam pinggan nanti letakkan sikit lada sulah.

Bahan tumis
2 ulas bawang putih(hiris kecil)
2 sudu besar sos tiram
Bancuhan air tepung jagung
Udang segar

Minyak panas putih dengan sedikit minyak.
Bila naik wangi masukkan sos tiram.
Masukkan bahan perasa dan udang.
Bila kelihatan masak masukkan bancuhan air tadi.

Bila nak makan tuang kuah ke atas saturan celur tadi.

Tuesday 25 February 2014

Roti Pisang

Bahannya
500gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
3 sudu besar shortening
2 sudu besar water roux
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
Sepeket yis mauripan(11gm)
1 biji Telur(pukul dengan garfu)
Air
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat.  Sejukkan.

Bahan gliss
Kuning telur(pukul dengan garfu)

Masukkan telur dalam mangkuk, masukkan susu pekat dan air.  Biar sukatan menjadi lebih kurang 250ml.
Masukkan yis dan biarkan sehingga berbuih.

Dalam bekas lain, masukkan tepung, baking powder, bread improver, gula, shortening dan susu tepung...Biar bercampur.
Bulatkan lubang di tengahnya.  Masukkan cecair tadi dan esen vanila dan adun biar menjadi ketulan yang kasar.
 Masukkan dalam beg plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Cara mengulinya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
Masukkan adunan ke dalam bekas/mangkuk besi dan perap seperti yang telah dirujuk tadi.
Bila adunan telah kembang, tumbuk adunan tersebut untuk mengeluarkan anginnya.
Bulatkan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian adunan dan gelek menjadi empat persegi yang lebar.
Sapukan adunan pisang ke atasnya dan gulung dengan cermat.
Potong kepada lapan bahagian dan letak setiapnya ke dalam bekas/kertas kek mangkuk.
Masukkan ke dalam petitin dan biar ia mengembang.
Sapu permukaannya dengan sedikit telur.Masukkan dalam bekas yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.an bakar.  
Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.

Inti Pisang
4 biji pisang(lecekkan hingga hancur)
20gm mentega
3 sudu besar gula perang
30gm walnut(cincang)
1 sudu kecil esen vanila

Campurkan kesemuanya.

Monday 24 February 2014

Percik Ikan Tenggiri


Bahan-bahannya
Beberapa keping ikan tenggiri (dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih, seulas bawang merah dan ditumbuk halus bersama sedikit garam)
5 ulas bawang merah(kisar)
Seulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Sebatang serai(ketuk)
Sekeping asam keping
Secawan santan
2 sudu kecil tepung beras(dibancuh dengan sedikit air)
Gula dan garam


Kuah
Campurkan santan bersama bahan kisar, serai, asam keping, , gula dan garam.  Masak biar mendidih.  Masukkan bancuhan tepung beras.  Biar mendidih dan nampak sedikit pekat.


Ikan
Panaskan kuali rata dengan sedikit minyak.  Panggang ikan biar masak kedua-dua bahagian.
Curahkan sedikit kuah pada bahagian badan ikan dan pastikan biar sedikit mesra antara kuah dan isi ikan tersebut..  
Bolehlah diangkat dan tuangkan lebihan kuah pada ikan tersebut.

Cucur Udang




Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
3/4 cawan air suam
2 sudu teh yis kering(mauripan)
Sebiji telur
3 sudu besar gula
1/8 sudu teh serbut kunyit
Sedikit garam
Secawan taugeh
Beberapa tangkai daun kucai (potong kecil)
Sedikit cili merah(potong kecil)
2 sudu besar bawang goreng
1/2 labu bawang besar(potong dadu)
2 tangkai daun bawang(potong)
Udang segar

Adun semua bahan kecuali udang segar.
Perap seketika.  Biar agak naik sedikit.
Panaskan minyak (minyak agak banyak)
Sudukan adunan ke dalam senduk dan letak seekor udang di atasnya.
Gunakan senduk yang lain(biar saiznya hampir sama) dan tekan belakang senduk tersebut ke atas udang dan adunan yang di dalam senduk yang satu itu.
Masukkan dalam minyak yang panas dan menggunakan senduk yang fungsinya menekan tadi keluarkan adunan yang di dalam senduk yang satu lagi tersebut.
Goreng sehingga kekuningan dan masak.
Angkat dan toskan.
Lakukan proses yang sama untuk yang seterusnya.
Potong cucur udang kecil-kecil dan boleh dimakan dengan sos kacang atau lebih mudah dengan sos pencicah.
Nota... Untuk memudahkan proses goreng menggoreng rendam dahulu kedua senduk dalam minyak yang panas tersebut dan pastikan kedua senduk sentiasa panas.

Sunday 23 February 2014

Roti Sosej

500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Sosej(rebus dan toskan dan dipotong 2)

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Topping
Sos tomato/cili
Mayonis
Telur(pukul dahulu dengan garfu untuk sapuan)

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi.  Bulatkan semula adunan dan tutup semula bekas dan letak balik atas ketuhar yang masih terasa panasnya.(20 minit)Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk semula bagi mengeluarkan anginnya.
Bulatkan adunan seperti gambar di bawah.
Lakukan step seperti langkah-langkah di dalam gambar.
Apabila siap letak dalam loyang yang telah dialas deengan kertas kek.
Biarkan naik sekali ganda dan sebelum bakar sapu dengan telur (pukul dengan garfu dahulu) letakkan juga sos cili dan mayonis dan bakar dengan suhu 170C selama 25 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas yang tertutup



Tuesday 18 February 2014

Sosej Blossom Bun

500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Sosej(rebus dan toskan)

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Topping
Sos tomato/cili
Sayur campuran
Mayonis

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi.  Bulatkan semula adunan dan tutup semula bekas dan letak balik atas ketuhar yang masih terasa panasnya.(20 minit)Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk semula bagi mengeluarkan anginnya.
Uli dan bulatkan sebanyak 12 - 13 ketul.
Canaikan adunan doh dan letak sosej di atasnya.  Bungkus kemas.
Potong (jangan sampai putus) kepada 8 potongan.
Tarik potongan tersebut supaya membulat(membentuk bunga)Letakkan dalam loyang yang telah di alas dengan kertas kek.
Biarkan ia mengembang semula(10 minit)
Sapukan kuning telur letakkan sos dan mayonis.Tabur dengan sayur campuran.
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit..
Bila sudah masak bolehlah disejukkan dan disimpan dalam bekas tertutup
Tekniknya hampir sama kalau yang ini kita seolah memintal... untuk sosej blossom bun ini kita buka membulat.

Thursday 13 February 2014

Sardin Gulung

Bahannya

Untuk Kulit
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)
1/2 cawan air dari peti sejuk
1/4 sudu teh garam

Campurkan tepung dengan garam.
Lubangkan ditengah dan tuang minyak panas.  Kacau dengan sudu biar serata.
Dengan menggunakan jari-jari kita gaul biar menjadi berbintil-bintil(orang kata menjadi serbuk roti)
Masukkan air sejuk tadi (pada mulanya kita nampak adunan seakan lembek tapi bila lagi menguli ia akan sebati  dan menjadi adunan yang lembut.(bila air sudah meresap ni kakyah masukkan dalam plastik dan melenyek supaya ia menjadi adunan yang lembut dan cantik..sekejap aje sekitar 3 minit)
Keluarkan dari beg plastik dan bulatkan doh.
Ambil sedikit doh sebesar duit 20 sen dan gelekkan menjadi nipis.
Masukkan inti sardin dan gulung dengan kedua tangan kita memegang bahagian tepi kulit tersebut.
Gulung dan pastikan ianya kemas.
Goreng dengan minyak sehinggan kekuningan (guna api sederhana)

Inti Sardin
Setin sardin(saiz sederhana)
Selabu bawang besar(potong dadu)
2 ulas bawang putih(mayang dan potong kecil)
Lada/cili merah(hiris nipis)
1/2 biji nipis nipis(ambil jusnya)
Sedikit gara.
Minyak untuk menumis(sedikit sahaja)

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar.
Bila nampak layu masukkan cili merah dan sardin.
Lenyekkan ikan sardin biar hancur.
Masukkan garam dan jus limau nipis.

Sunday 9 February 2014

Apam Nasi

2 cawan nasi
4 cawan tepung beras
2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis
2 peket Eno(tanpa perasa)
Pewarna makanan

Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkan gula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas yang agak besar  dan bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno.  Kacau.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Sapu acuan dengan sedikit minyak dan masukkan adunan ke dalamnya.  Panaskan pengukus. 
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) .  Kukus apam selama 10 minit.
Keluarkan dari acuan dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus dan selepas itu digaul dengan sedikit garam.

Thursday 6 February 2014

Roti Cheddar

Bahannya
500gm tepung gandum
1 peket yis(11 gm)
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat
250gm air suam
2 sudu besar shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan gula pasir halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar water roux

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan sejukkan sebelum digunakan.

Sapuan
Kuning telur(pukul dahulu)

Bahan tabur Parutan cheddar
Bijan hitam

Caranya
Masukkan telur(pikul dengan garfu dahulu) ke dalam bekas, masukkan susu pekat dan air(biar sukatan menjadi 250ml).  Kacau dan masukkan yis.  Biarkan ia kembang seketika.
Dalam bekas lain masukkan tepung, gula, susu tepung , garam, baking powder, bread improver, shortening, dan water roux.
Gaulkan dan buat lubang ditengahnya. 
Campuran yis yang sudah berbuih masukkan esen dan tuang ke dalam lubang yang dibentuk tadi.
Tangan kita dari dalam takungan berlubang mula menguli secara memusing dan mula menyentuh tepung-tepung yang ada di tepinya.
Bila semuanya sudah bercampur mulakan menguli dan membentuk doh yang kasar.
Pastikan adunan tidak lembek dan tidak melekat ditangan(kalau lembek masukkan sedikit aje tepung)
Masukkan dalam beg plastik dan mula menekan dan memicitnya.
Lakukan selama 5 minit.
Cara menguli tangan dan teknik mempercepatkan proses pengembangan doh boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
Apabila doh sudah naik dua kali ganda, tumbuk doh dan bulatkan semula(disebabkan oven masih lagi panas kakyah masukkan doh dan tutup semula dan biarkan ia naik semula(10 minit aje) dan tumbuk semula.
Bulatkan adunan seberat 60gm. 
Masukkan dalam loyang/bekas yang telah dialas dengan kertas baking dan biarkan ia mengembang semula(letak dlm oven yang masih terasa suam2 tu(tapi dalam keadaan Off)
Sapu dengan telur(pukul dengan garfu) dan tabur parutan cheddar dan bijan hitam.
Bakar selama 20minit dengan suhu 160C atau sehingga masak.
Separuh masa (kalau tak mahu cheddar hangus/kehitaman) tutup dengan aluminium foil.
Bila masak sejukkan.
Simpan dalam bekas tertutup.

Tuesday 4 February 2014

Ice Cream

Sekotak(1 liter) susu full krim
3/4 cawan susu pekat
2 sudu besar ovellete

Campurkan kesemuanya dalam bekas yang besar dan putar dengan kelajuan sederhana lebih kurang 15 minit atau sehingga kembang/pekat.
Campurkan dengan pewarna yang disukai dan masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais(beku) semalaman.

Monday 3 February 2014

Green Velvet Cheese Leleh


Kek Green Velvet


3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon(boleh juga diganti dengan cuka)
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna hijau

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Ayak tepung gandum, baking powder, serbuk koko, susu tepung dan , sebanyak dua kali.
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Masukkan pewarna hijau.Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis sambil memukul dengan kelajuan sederhana.  
Campurkan baking powder dengan cuka dalam mangkuk kecil.  Kacau dan pastikan ianya berbuih.
Segera masukkan ke dalam adunan dan kacau biar sebati.  
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek
Bakar dalam oven dengan suhu 170C dan selama 50 minit.(pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dan untuk mendapatkan kek yang tidak merekah lakukan proses pembakaran dengan menggunakan api bawah dahulu selama 10 minit dan bertukar kepada api atas dan bawah masa yang selebihnya)
Apabila kek sudah masak sejukkan.

Lapisan keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor

Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula.  Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.

Sapu atas kek tadi dan boleh juga ditabur dengan parutan cheedar.
Simpan di dalam peti sejuk seketika.

cara buat kek dan prosesnya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/03/green-velvet-cheese-cakestep-by-step.html

Sunday 2 February 2014

Roti Aiskrim

Bahannya
500gm tepung gandum
1 peket yis(11 gm)
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat
250gm air suam
2 sudu besar shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan gula pasir halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar water roux

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan sejukkan sebelum digunakan.

Untuk filling
250gm krim keju
120gm mentega
120gm gula aising

Putar kesemua bahan menjadi berlrrim dan bolehlah dipaipkan nanti didalamnya.

Sapuan
Kuning telur(pukul dahulu)

Caranya
Masukkan telur(pikul dengan garfu dahulu) ke dalam bekas, masukkan susu pekat dan air(biar sukatan menjadi 250ml).  Kacau dan masukkan yis.  Biarkan ia kembang seketika.
Dalam bekas lain masukkan tepung, gula, susu tepung , garam, baking powder, bread improver, shortening, dan water roux.
Gaulkan dan buat lubang ditengahnya. 
Campuran yis yang sudah berbuih masukkan esen dan tuang ke dalam lubang yang dibentuk tadi.
Tangan kita dari dalam takungan berlubang mula menguli secara memusing dan mula menyentuh tepung-tepung yang ada di tepinya.
Bila semuanya sudah bercampur mulakan menguli dan membentuk doh yang kasar.
Pastikan adunan tidak lembek dan tidak melekat ditangan(kalau lembek masukkan sedikit aje tepung)
Masukkan dalam beg plastik dan mula menekan dan memicitnya.
Lakukan selama 5 minit.
Cara menguli tangan dan teknik mempercepatkan proses pengembangan doh boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
Apabila doh sudah naik dua kali ganda, tumbuk doh dan bulatkan semula(disebabkan oven masih lagi panas kakyah masukkan doh dan tutup semula dan biarkan ia naik semula(10 minit aje) dan tumbuk semula.
Bulatkan adunan seberat 50gm. 
Canai memanjang lebar 1 1/2 inci dan lilitkan pada acuan besi kon(sapu dahulu luar kon dengan margerin). 
Susun dalam loyang yang telah dialas dengan kertas baking dan biarkan ia mengembang semula.
Sapu dengan kuning telur dan tabur dengan bijan.
Bakar dalam oven dengan suhu 160C selama 20 minit.
Paipkan dengan filling tadi.