translate

Sunday 9 February 2014

Apam Nasi

2 cawan nasi
4 cawan tepung beras
2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis
2 peket Eno(tanpa perasa)
Pewarna makanan

Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkan gula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas yang agak besar  dan bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno.  Kacau.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Sapu acuan dengan sedikit minyak dan masukkan adunan ke dalamnya.  Panaskan pengukus. 
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) .  Kukus apam selama 10 minit.
Keluarkan dari acuan dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus dan selepas itu digaul dengan sedikit garam.

2 comments: