translate

Sunday 23 February 2014

Roti Sosej

500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Sosej(rebus dan toskan dan dipotong 2)

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Topping
Sos tomato/cili
Mayonis
Telur(pukul dahulu dengan garfu untuk sapuan)

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi.  Bulatkan semula adunan dan tutup semula bekas dan letak balik atas ketuhar yang masih terasa panasnya.(20 minit)Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk semula bagi mengeluarkan anginnya.
Bulatkan adunan seperti gambar di bawah.
Lakukan step seperti langkah-langkah di dalam gambar.
Apabila siap letak dalam loyang yang telah dialas deengan kertas kek.
Biarkan naik sekali ganda dan sebelum bakar sapu dengan telur (pukul dengan garfu dahulu) letakkan juga sos cili dan mayonis dan bakar dengan suhu 170C selama 25 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas yang tertutup



No comments:

Post a Comment