translate

Tuesday 18 February 2014

Sosej Blossom Bun

500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Sosej(rebus dan toskan)

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Topping
Sos tomato/cili
Sayur campuran
Mayonis

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi.  Bulatkan semula adunan dan tutup semula bekas dan letak balik atas ketuhar yang masih terasa panasnya.(20 minit)Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk semula bagi mengeluarkan anginnya.
Uli dan bulatkan sebanyak 12 - 13 ketul.
Canaikan adunan doh dan letak sosej di atasnya.  Bungkus kemas.
Potong (jangan sampai putus) kepada 8 potongan.
Tarik potongan tersebut supaya membulat(membentuk bunga)Letakkan dalam loyang yang telah di alas dengan kertas kek.
Biarkan ia mengembang semula(10 minit)
Sapukan kuning telur letakkan sos dan mayonis.Tabur dengan sayur campuran.
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit..
Bila sudah masak bolehlah disejukkan dan disimpan dalam bekas tertutup
Tekniknya hampir sama kalau yang ini kita seolah memintal... untuk sosej blossom bun ini kita buka membulat.

2 comments:

  1. dah lama nak cuba buat blossom ni...selalu buat pintal..anak kata macam kapan mayat!!

    ReplyDelete
  2. Cantik2 roti buatan kak Yah...teringin nak cuba jugak nanti.

    ReplyDelete