translate

Friday 14 March 2014

Daging Goreng Kicap


Anak Kakyah memang suka menu ini.  Kakyah suka buat menu ini untuk bekal mereka ke sekolah juga sarapan mereka sebelum melangkah kaki ke selkolah.  Memang menjadi kemestian mereka makan makanan berat sebelum ke sekolah.  Kakyah ingin kongsikan resepi yang mudah dan kebanyakan anak suka sebab ada kicappp. Bila nak masak menu ni selalunya kakyah akan goreng dahulu daging ni pada malamnya dan pada waktu pagi barulah panaskan balik dan buat kuahnya.  Senangkan untuk kakyah yang bergegas juga untuk ke sekolah.

Daging Goreng Kicap.

Daging goreng
Bahannya
400gm daging(potong nipis)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Kunyit(kakyah guna serbuk kunyit)
1/2 sudu teh cuka
1 sudu teh gula

Bahan kuah/sos
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos toram
3 sudu besar kicap manis
1 keping asam keping
Bawang besar(potong bulat)
Cili merah(kalau nak letak)
Gula dan air secukupnya


Blender semua bahan dengan sedikit air.
Gaulkan dengan daging tadi dan masukkan juga sedikit garam, cuka dan gula.
Biarkan seketika(10 minit)
Goreng dengan sedikit minyak sehingga daging empuk dan masak(waktu menggoreng air akan keluar dan lama kelamaan ianya kering dan akan mengeluarkan minyak tadi.  Gunakan api yang sederhana aje.
Bila minyaknya sudah kelihatan masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan sos-sos tadi dan kicap.  Masukkan juga asam keping.
Masukkan bawang besar.  Kacau seketika dan masukkan air.
Masukkan gula dan cili merah
Sedia untuk dihidangkan.


Thursday 13 March 2014

Koleh Ubi Badak

Bahannya
500 gm ubi  badak ungu (seketul)
500 ml santan(santan pekat campur air)
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam

Loyang 6X6 dialas dengan plastik.  Biarkan.
Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.  Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
Campur santan, gula, tepung beras dan gula biar sebati.  Masukkan ke dalam ubi tadi.
Kacau atas api yang perlahan sehingga pekat.
Tuang ke dalam loyang tadi.
Sejukkan dalam peti sejuk(4 jam)
Sedia untuk dipotong..
P/s bagi yang tiada ubi badak boleh diganti dengan lain ubi yang sesuai spt ubi keledek yang bewarna ungu atau juga ubi keladi.

Saturday 1 March 2014

Roti Floss Ayam

Bahannya
500gm tepung gandum
1 peket yis(11 gm)
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat
250gm air suam
2 sudu besar shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula pasir halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar water roux

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan sejukkan sebelum digunakan.

Mayonis
Floss ayam
Caranya
Masukkan telur(pikul dengan garfu dahulu) ke dalam bekas, masukkan susu pekat dan air(biar sukatan menjadi 250ml).  Kacau dan masukkan yis.  Biarkan ia kembang seketika.
Dalam bekas lain masukkan tepung, gula, susu tepung , garam, baking powder, bread improver, shortening, dan water roux.
Gaulkan dan buat lubang ditengahnya. 
Campuran yis yang sudah berbuih masukkan esen dan tuang ke dalam lubang yang dibentuk tadi.
Tangan kita dari dalam takungan berlubang mula menguli secara memusing dan mula menyentuh tepung-tepung yang ada di tepinya.
Bila semuanya sudah bercampur mulakan menguli dan membentuk doh yang kasar.
Pastikan adunan tidak lembek dan tidak melekat ditangan(kalau lembek masukkan sedikit aje tepung)
Masukkan dalam beg plastik dan mula menekan dan memicitnya.
Lakukan selama 5 minit.
Cara menguli tangan dan teknik mempercepatkan proses pengembangan doh boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
Apabila doh sudah naik dua kali ganda, tumbuk doh dan bulatkan semula(disebabkan oven masih lagi panas kakyah masukkan doh dan tutup semula dan biarkan ia naik semula(10 minit aje) dan tumbuk semula.
Bulatkan adunan seberat 50gm. 
Masukkan dalam bekas cupcake dan letak dalam bekas petitin. dan biarkan ia mengembang semula.
Bakar dengan suhu 170C selama 25 minit.
Sejukkan roti dan paipkan mayonis di atas permukaan roti dan taburkan dengan floss ayam di atasnya.