translate

Thursday 15 May 2014

Kek Marble

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 cawan margerin
1 cawan gula kastor
4 biji telur
2 sudu besar mentega(kalau tiada tak letak pun ok)
1 sudu teh vanila
1 sudu besar oren sunquick.
1 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sesudu dua besar air panas)

Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul putih telur dengan 2 sudu besar gula(ambil dari secawan gula kastor tadi) sehingga kembang dan pekat.(ketepikan)
Dalam bekas yang lain, pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang kemudian masukkan kuning telur,  pukul lagi hingga kembang.
Masukkan oren sunquick dan esen vanila.  putar..
Masukkan pula tepung kek yang telah diayak dengan baking powder.  Kacau lagi.
Masukkan putih telur dan kacau perlahan-lahan(kaup dan balik)
Ambil 1/3 daripada adunan dan campurkan dengan bancuhan koko tadi.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas kertas kek secara berselang seli (yang plain lebih banyak masukkan).
Panaskan oven dan bakar kek selama 50 minit dengan suhu 180C.  Mula-mula guna api bawah selama 15 minit dan yang selebihnya guna api atas dan bawah sehingga masak.

1 comment: