translate

Friday 16 May 2014

Nasi Goreng Padprik

Bahan untuk Nasi Goreng
4 cawan nasi dingan
5 ulas bawang putih(ketuk)
Sedikit ketulan isi daging ayam
3 keping fishcake(potong)
Sebiji telur
3 sudu besar sayuran campur
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Serbuk lada sulah
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Pecahkan telur dan kacau.
Bila telur sudah berketul masukkan isi ayam dan fishcake.  Kacau seketika dan masukkan juga sedikit serbuk lada sulah.
Masukkan semua sos, gula dan garam.
Masukkan juga sayuran campur.
Masukkan nasi dingin dan kacau biar mesra.

Padprik
3 ulas bawang putih(ketuk)
Isi ayam
Udang segar(buang kulitnya dan ditinggalkan ekornya)
Sotong(potong bulat)
Bunga kubis
Ketiak jagung(belah memanjang)
Tomato(potong empat)
Carrot(potong memanjang)
3 biji cili padi(belah 2)
3 helai daun limau purut(potong kasar)
2 batang serai(potong 2 atau 3 dan ketuk)
1 sudu besar jus limau nipis
1/2 kiub tomyam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Ajinomoto(kalau suka)
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daun limau dan serai.
Masukkan ayam, udang dan sotong.  Kacau seketika.
Masukkan sos cili dan tiram dan jus limau.
Masukkan kiub tomyam.
Masukkan bunga kobis, carrot dan ketiak jagung dan bahan perasa.
Masukkan sedikit air.
Sebelum angkat masukkan tomato.
P/s semua bahan dalam kuantiti yang sedikit.

No comments:

Post a Comment