translate

Monday 12 May 2014

Roti Sanggul


Doh Roti
500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Telur(pukul dahulu dengan garfu untuk sapuan)
Bijan
Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 170C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi.  Bulatkan semula adunan dan tutup semula bekas dan letak balik atas ketuhar yang masih terasa panasnya.(20 minit)Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk semula bagi mengeluarkan anginnya.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian(adunan ini mendapat 2 biji roti sanggul) dan setiap bahagian bahagikan lagi kepada 6 ketulan kecil.
Setiap ketulan doh buat tali yang panjang dan temukan 4 daripadanya.
Buat jalinan seperti gambar di bawah.
Bila sudah menjadi seperti gambar ketiga, cantumkan dari hujung kehujung seperti gambar ke 4.
Lebihan 2 tali lagi belitkan keduanya seperti gambar ke 5.
Lilitkan ia pada disekeliling sanggul tersebut.
Sapu dengan kuning telur dan tabur dengan bijan.
Biarkan mengembang sekali ganda.
Bakar dengan suhu 170C selama 25 minit.


1 comment: