translate

Friday 29 August 2014

Puding Wafer

Bahannya
10gm serbuk agar-agar
500ml air
7 keping biskut wafer
2 biji telur 
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin(besar) susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu teh esen vanilla 
2 sudu besar gula
Pewarna

Caranya
Masak agar dengan air hingga mendidih.
Blender wafer bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, dan esen vanila hingga hancur.
masukkan ke dalam periuk agar-agar tersebut.  Biar mendidih.
Angkat dan ambil/keluarkan 3 senduk dan setiap senduk masukkan 1 warna.(merah, hijau, dan oren)
Tuang adunan plain ke dalam bekas dan tuang sedikit demi sedikit adunan bewarna secara berselang seli di atas permukaannya sehingga habis.
Bekukan dan sedia untuk dipotong.

Monday 25 August 2014

Nasi Arab(rempah Kabsa)

Bahannya
4 cawan beras moghol bashmati
Selabu bawang besar(potong bulat)
4 ulas bawang putih(dadukan)
2 helai daun bay
140ml yogult
1 sudu besar rempah kabsa
1/2 sudu teh rempah alspices
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 ketul ayam
2 sudu besar tomato puree
Sebatang carrot disagat
Sebiji lada benggal potong dadu
4 1/2 cawan air
3 sudu besar minyak sapi
Pewarna oren
Kismis
Sedikit garam

Beras dibersihkan dan ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih dengan bawang besar.
Masukkan daun bay, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.  Kacau.
Masukkan rempah kabsa dan alspices.  Kacau.
Masukkan tomato puree dan ayam.  Kacau
Masukkan carrot dan lada benggala.  Kacau.
Masukkan juga kismis.  Kacau.
Masukkan yugult.  Kacau.
Masukkan beras dan kacau seketika.
Masukkan air dan sedikit garam...Kacau supaya tidak berkerak.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker(kyah masak menggunakan periuknya dahulu di atas dapur gas)
Masak seperti biasa.
Bila sudah masak titikkan pewarna oren ke atas nasi dan masukkan juga lebihan buah kismis(jangan dikacau)
Kacau nasi ketika hendak makan nanti.

Kakyah makan bersama dalca daging dan ayam masak merah(tidak seperti kebiasaan nasi arab yang dimakan dengan sup dan acar timunnya.

Untuk resepi dalca boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/08/dalca-campur.html

Cara membuat rempah Kabsa
bahan2nya  
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar cengkih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar lada hitam
2 biji buah keras
Semua bahan goreng tanpa minyak dan diblender kering sampai halus.
Boleh disimpan dalam bekas tertutup.                                                                                                                          

Ketupat Sotong

Bahannya
Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.  Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Sunday 24 August 2014

Triffle Gula Hangus

bahannya
A
3 sudu besar gula pasir
5 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

Sediakan pengukus, dan panaskan air.
Di dapur yang berlainan, panaskan loyang, goreng gula dengan api yang perlahan sehingga perang dan mencair.  Padamkan api.
Pukul telur hingga berbuih, masukkan susu, air tepung jagung dan vanila.  Pukul sekadar semuanya sebati.
Tuang pada gula hangus yang telah mengeras tadi.
Masukkan ke dalam pengukus.
Kukus selama 45 minit.
Angkat dan sejukkan

B
!/2 bungkus kristal jelly
200ml air panas
(ikut proses seperti yang tertera dikotaknya)

Campur keduanya dan tuang ke atas A,  Biarkan sejuk dan beku.(ada yang hanya perlu dicampur dengan menggunakan air panas sahaja dan ada yang perlu dimasak sehingga mendidih terlebih dahulu)

C
40gm tepung kastad(jenama Bird)
120ml susu cair
350 air
4 sudu besar gula pasir

Masak kesemuanya atas api sederhana dan bila mendidih tuang ke atas lapisan B
Sejukkan di dalam peti sejuk.

P/s lebih sedap dimakan bersama buahan campuran dalam tin.

Thursday 21 August 2014

Bihun Sup Tulang


Bihun dicelur(kalau nak bewarna kuning, semasa mencelur masukkan sedikit serbuk kunyit dan semasa mengetosnya lalukan diair paip untuk menghilang lebihan kuningnya.

bahan-bahan untuk sup tulang
Sekilo tulang lembu
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 ketul rempah punjut
sebatang serai(ketuk)
2 inci halia
seketul lengkuas
beberapa biji cili padi
Gula dan garam dan air asam jawa.

caranya
1. tulang lembu dibersihkan dan direbus sampai mendidih dan kemudian dibuang airnya.  Masukkan semula air yang lain  dan direbus bersama sup punjut.
2 Sementara itu, bawang-bawang dimayang begitu juga dengan halia dihiris nipis dan digoreng bersama rempah ratus tadi., Cili, serai dan lengkuas turut digoreng sama .  Apabila sudah sedikit garing dan wangi bahan tersebut bolehlah ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk rebusan tulang tadi .  Biarkan sampai betul-betul empuk(kalau nak cepat masaklah dalam periuk tekanan seperti yang akak selalu buat.Garam dan bahan perasa dimasukkan mengikut kesukaan.  Sebelum diangkat masukkan juga sedikit air asam jawa juga mengikut kesukaan. 

Hiasan
Cili padi
Daun sup
Bawang goreng
Limau nipis

Sedap dihidangkan bersama kicap pedas
Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api 
(Sambal kicap ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh bimakan selain behun sup sesuai juga dengan laksa penang, mee kari, cecah dengan ikan bakar atau apa-apa menu yang sesuai. 

Wednesday 20 August 2014

Apam Tapai Pulut

Bahan-bahannya
1 cawan tapai pulut
2 sudu besar gula
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Sepeket eno
Pewarna(kalau mahu)

Caranya
Blender tapai pulut, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno ke dalam adunan yang diperap tadi, dan kacau.
Masukkan pewarna yang diingini.  Kacau.
Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan sehingga hampir penuh.  Kukus selama 15 - 20 minit dengan api yang kuat.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam

Monday 18 August 2014

Sagu Gula Melaka

Bahannya
Secawan biji sagu(rendam setengah jam dan toskan)
1 liter air
2 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna merah

Didihkan air bersama daun pandan dan masukkan sagu.
Kacau sehingga berkilat dan tiada bintil-bintil putih.
Masukkan pewarna.  Kacau.
Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu dalam acuan.
Sejukkan.

Air gula melaka
Bahannya
2 keping gula melaka
1 cawan air
Sehelai daun pandan

Masak kesemuanya sehingga gula melaka hancur dan air sedikit pekat.
Angkat dan sejukkan.

Santan
1 cawan santan
1/2 sudu besar tepung beras(dibancuh dengan sedikit air..bagi yang mahu cair tak perlu letak)
Secubit garam

Masukkan semua bahan dan masak hingga sekali mendidih.  Angkat.

Bahan tambahan
Jagung dalam tin.(letak sesudu apabila hendak makan)

Cara menghidang
Masukkan santan dalam diikuti air gula melaka dan keluarkan sagu dari acuan.
Masukkan sesudu jagung tin.
Siap untuk dimakan.

Sunday 17 August 2014

Kek Alunan Kasih

Bahan-Bahannya
5 biji telur
250gm mentega
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder(ayak dengan tepung tadi)
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
Pewarna (oren, merah dan hijau)
Serbuk koko

Putar  mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar hingga kembang.
Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
Bahagikan adunan sama banyak dan masukkan pewarna..
Panaskan ketuhar. 
Sapu loyang (bulat 8X8) dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Masukkan satu adunan ke dalam loyang dan tabur dengan serbuk koko(tapis dengan penapis teh)
Lakukan untuk adunan yang lain dan tabur dengan serbuk koko seperti proses tadi.
Lakukan sehingga habis dan bakar dalam oven suhu 180C selama 50 minit.(ikut suhu oven masing-masing) 

Thursday 14 August 2014

Mee Rebus

Bahannya
2 bungkus mee kuning(dicelur dan ditoskan)
4 ulas bawang putih(kisar)
5 ulas bawang merah(kisar)
Seinci halia(kisar)
2 inci lengkuas(kisar)
2 sudu besar udang kering(kisar)
3 sudu besar taucu(kisar)
2 sudu besar cili giling
4 sudu besar serbuk kari daging
2 batang serai(kisar)
3 biji ubi kentang(rebus dan kisar dengan air bersama taucu tadi)
Setengah kilo daging(direbus dan potong nipis)
Beberapa ekor udang segar
2 keping fish cake(potong)
Gula dan sedikit garam

Rebus daging dengan ketulan yang agak besar.
Bila empuk, potong nipis dan simpan air rebusannya.
Tumis semua bahan kisar.
Masukkan rempah kari dan sedikit air.  Kacau seketika.
Masukkan udang kering.
Kacau biar berbau wangi.
Masukkan kentang dan taucu(keduanya telah diblender dengan air)
Masukkan air rebusan daging tadi.
Masukkan udang dan fish cake.
Tambah gula dan sedikit garam kalau perlu.
Bolehlah dihidangkan bersama mee dan daging serta bahan hiasan yang lain.

Bahan hiasannya
Telur rebus
cili merah
daun bawang
Taugeh(celur)
Bawang goreng

Wednesday 13 August 2014

Bihun Goreng

Bahannya
2 keping bihun cap faiza(setengah bungkus)(direndam hingga lembut)
Segengam mee kuning(basuh dan toskan)
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Sebiji cili padi
Isi ayam(potong kecil)
Udang segar(kupas kulit dan dibiarkan ekornya)
2 keping fish cake(potong kecil)
2 biji buah tomato(setiap satu potong 4)
3 sudu besar sayur campur
Setengah labu bawang besar(potong menyerong)
3 batang sayur kailan(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili giling
Sebiji telur
Setengah biji limau nipis(ambil jusnya)
Sedikit lada sulah
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
Sedikit ajinomoto(pilihan)
1 mug air
Minyak untuk menumis

Caranya
Perap udang dan isi ayam dengan sedikit lada sulah.
Tumbuk bawang merah bersama bawang putih, dan  cili padi.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik minyak(berbau wangi bawang).  Masukkan cili giling dan kacau seketika.
Ketepikan bahan tumis ke tepi kuali(tak perlu keluarkan), dengan minyak yang berbaki sedikit tu masukkan telur dan kacau supaya sedikit masak.
Gaulkan semua dengan bahan tumis tersebut.
Masukkan udang dan isi ayam.  Kacau biar hampir masak.
Masukkan sos tiram dan kicap.
Masukkan air dan sayur campur, jus limau nipis, gula, garam dan sayur kailan(kalau nak masukkan ajinomoto pun ok)
Biarkan sedikit mendidih.  Masukkan fish cake.
Masukkan bihun dan bawang besar.
Kacau biar sekata dan masukkan mee serta buah tomato..
Kacau sehingga airnya kering dan bihun kelihatan masak.
Boleh diangkat dan dihidangkan.

Monday 11 August 2014

Puding Tauhu

10gm agar-agar serbuk
9 mug air
2 tin susu pekat manis
2 tin susu cair

Kuah
Laici dalam tin
Buah-buahan campuran dalam tin
Air gula

Cara-caranya
Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.  
Kemudian  masukkan susu cair dan pekat kedalamnya.
Kacau untuk mengelakkannya melimpah keluar.
Pastikan agar-agar mendidih untuk kali kedua.
Angkat dan tuangkan dalam bekas/mangkuk.
Bekukan.

Kuahnya pula..
Satukan air laici dalam tin dan air gula(ikut kesukaan kemanisannya)

Cara makan....
Masukkan kuah air gula bercampur air laici ke dalam  
Sedia untuk dimakan.

Thursday 7 August 2014

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahannya
Nasi dingin dari 2 pot beras (peroikan)
Sekeping isi ikan talang masin(potong kecil-kecil dan dibersihkan dan ditoskan..kakyah masa sekeping pun bersihkan dulu dan lepas potong kita lalukan diair dan ditoskan)
Udang segar(kupas kulitnya dan ditinggalkan ekornya)
Sotong(potong bulat)
Isi ayam(potong kecil)
5 ulas bawang putih(tumbuk)
4 biji cili padi(potong nipis-nipis)
3 batang kacang panjang(potong macam nak buat ulam nasi kerabu)
Sedikit taugeh
3 sudu besar sos tiram
Sebiji telur
Lada sulah
Gula dan garam
Bawang goreng
Minyak untuk menumis

Caranya
Tumis bawang putih bersama cili padi sehingga sedikit kekuningan.
Masukkan ikan masin dan kacau sehingga ikan masin kelihatan sedikit garing/bertukar warna kekuningan.
Masukkan juga lada sulah dan perah sedikit limau nipis ke dalamnya.
Ketepikan bahan tumis tu ketepi kuali(masih dalam kuali lagi tu..) dan pecahkan telur..kacau
Bila telur kelihatan masak dan hancur gaul sekali dengan bahan tadi.
Masukkan udang, sotong dan ayam(kalau kakyah bila kita masukkannya saya masukkan lada sulah keatas udang dll tu untuk perisakan udang, sotong dan isi ayam tu)
Kacau biar kelihatan masak semuanya.
Masukkan sos tiram, gula dan sedikit garam.
Masukkan kacang panjang dan taugeh.
Masukkan juga nasi dingin.
Gaul dan kacau biar sebati semuanya.(masak nasi goreng jangan cepat sangat biar rencah2 tadi bergaul mesra dengan nasi.
Sebelum angkat letak sesudu dua bawang goreng.


Wednesday 6 August 2014

Coklat Ball

Abaikan kertas cupcake yang terlebih besar tuuu..malas nak beli..musim perayaan faham-faham ajelah...jalan jemmmm.  Apa-apa pun ianya sedap dan nyaman aje masuk dalam mulut....

bahannya
Sebiji kek coklat(peroikan ia)
200gm coklat kompaund
100gm coklat putih
50gm whipping krim

Double boilkan coklat gelap dan putih.
Apabila coklat mencair masukkan whipping krim.
Dalam mangkuk yang telah diisi dengan kek coklat yang telah kita peroikan tadi campurkan coklat tersebut sedikit demi sedikit, pastikan adunan tersebut boleh dibulatkan kecil-kecil.
Bulatkan ia mengikut kesukaan masing(nak kecil atau besar2 macam makcik punya)
Masukkan dalam cupcake yang bersesuaian.
Nak hias boleh atas kreativiti masing-masing(nak tabur dengan coklat rice atau cairkan coklat putih dan ditambah dengan sesudu dua whipping krim dan masukkan dalam beg paping aising..lakukan seperti dalam gambar.

Untuk resepi kek coklat
Bahan-bahannya
200gm tepung gandum 
100gm serbuk koko
50gm serbuk badam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate sebanyak 2 kali.
Putar telur dengan gula hingga kembang.  Masukkan bahan ayak dan serbuk badam .  Kacau.
Masukkan minyak masak.  Kacau.
Masukkan susu dan air panas.  kacau hingga sebati dan berkilat.
Bakar dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek selama 50 minit dengan suhu oven 180C.

Monday 4 August 2014

Masak Lemak Nangka

Bahannya
2 keping nangka muda(potong kecil dan rebus hingga empuk)
Beberapa ekor udang segar
4 ulas bawang merah(kisar)
Seulas bawang putih(kisar)
1/2 sudu besar cili giling
2 biji cili api(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Sedikit kunyit serbuk
Sebatang serai(ketuk)
sekeping asam gelugur
2 cawan santan
Gula dan garam
Cili merah
Minyak untuk menumis

Tumis bahan kisar, serbuk kunyit dan cili giling hingga naik baunya.
Masukkan serai dan santan.
Masukkan asam gelugur dan sayur nangka serta cili merah..
Bila mendidih masukkan gula, garam dan udang.
Biar mendidih dan udang kelihatan masak.

Friday 1 August 2014

Butir Nangka

Bahannya
Secawan tepung beras pulut
1/2 cawan air diblender dengan 2 helai daun pandan dan ditapis
Secubit kapur(dibancuh dengan air daun pandan tadi dan ditapis lagi)
Untuk menambahkan warna hijau titikkan pewarna hijau dalam air tadi

Caranya
Adun tepung pulut dengan air tadi supaya menjadi ketulan yang lembut(air jangan tuang sekali gus)
Bulatkan kecil-kecil.
Masak air sehingga mendidih dan masukkan bulatan kecil adunan tadi.
Masak sehingga ia timbul dipermukaan air.
Angkat dan toskan.

Kuah
Bahannya
1 ulas bawang merah(mayang)
1/2 inci halia(mayang halus)
1/2 sudu besar halba
2 cawan santan
Sehelai daun pandan
4 sudu besar gula
Secubit garam
1 sudu teh tepung jagung.(bancuh dengan sedikit air)

Caranya
Masak santan bersama daun pandan, bawang, halia dan halba.
Masukkan gula dan sedikit garam.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan bila sekali mendidih terus di angkat.
Masukkan butir nangka tadi