translate

Tuesday 2 September 2014

Lasagne Daging

Sebungkus lasagne 
200 gm daging kisar
6 biji cendawan butang dalam tin(hiris nipis)
2 ulas bawang putih
Selabu bawang besar
1/2 kiub daging(pilihan)
2 biji buah tomato(dadukan)
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
1 cawan air
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah diketuk dan dipotong kecil. 
Bila naik bau masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.  Biar layu kemudian masukkan daging.  Kacau seketika dan masukkan juga cendawan dan kiub daging..
Kemudian masukkan sos-sos dan juga oregano.dan lada hitam.  
Masukkan air.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.  Masukkan gula dan garam.  Biar masak dan berair.

Sos Putih
60gm mentega
60gm tepung gandum
600ml susu segar (kalau nak guna susu cair pun okey)
Sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah


Panaskan mentega dan bila ia mencair masukkan tepung, kacau jangan berketul dan kemudian masukkan susu.  Kacau berterusan dan masukkan juga sedikit garam, gula dan juga lada sulah.
Sos putih masak bila kita dapati ia sedikit pekat dan mendidih.


Parutan ceddar

Cara melapis lasagne
Di dalam bekas kaca, masukkan dahulu sos/kuah  daging kisar(2 senduk), kemudian alas dengan kepingan lasagne tadi, biar menutupi permukaan bekas tersebut.
Kemudian tuang lagi sos daging dan masukkan juga sos putih, kemudian alas semula dengan kepingan lasagne tadi.  Lakukan proses ini sehingga empat atau lima lapis.
Akhir sekali pada lapisan atas sekali setelah dialas dengan kepingan lasagne, tuangkan lebihan sos putih yang tertinggal dan taburkan juga dengan parutan ceddar.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga lasagne kita masak.

No comments:

Post a Comment