translate

Wednesday 10 September 2014

PatPet Campur

Bahannya
6 ekor udang segar(kupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
2 ekor sotong(potong bulat)
Ketulan ayam bahagian bertulang(potong kecil)

Bahan kisar
Selabu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
Sebatang serai
Sedikit halia
Cili padi(ikut kepedasan masing-masing)

3 helai daun limau purut
Beberapa batang kacang panjang(potong)
Lada benggala(potong)
Tomato(belah 4)
Sekeping asam keping/gelugur
Serbuk kunyit
Gula dan garam
Beberapa titik cuka

Perap udang, sotong dan ayam dengan sedikit garam, kunyit dan beberapa titik cuka.
Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan perapan separuh masak.  Angkat.
Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar dan daun limau purut..  Tumis sampai naik wanginya.
Masukkan sedikit air dan asam keping.
Masukkan bahan gorengan tadi.  Kacau seketika.
Masukkan sayuran tadi.
Sebelum angkat masukkan bahan rasa.

No comments:

Post a Comment