translate

Thursday 4 September 2014

Talam Jalamas


Bahannya
Lapisan coklat
A
130ml air
125gm gula merah
25gm gula pasir
Masak semua bahan sehingga larut
B
2 biji telur
90gm tepung beras
40gm tepung gandum
10gm tepung ubi
200ml santan
Perisa pandan
Secubit garam
Pewarna coklat
Satukan semua bahan B dan campur dengan bahan A dan kacau.
Kacau di atas api sehingga naik wap dan sedikit pekat.(bahagikan kepada 2)
Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik dan kukus selama 10 minit.
C
115gm tepung beras(kakyah kurangkan 80gm..tepung beras habisss)
20gm tepung hongkwee putih(kakyah tambah menjadi 60gm)
600ml santan
40gm gula
Bahan D
60gm sohon
Direndam dengan air panas dan dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Bila lembut(rendam 10 minit) guntingkan biar sedikit halus.

Masak bahan C sehingga pekat.  Angkat dari dapur dan campurkan dengan sohoon yang telah direndam.
Kukus di dalam loyang tadi selama 15 minit.

Lapis dengan bahagian berwarna coklat yang berbaki tadi selama 15 minit.
Sejukkan dan boleh dihidangkan.
P/s..kalau lapisan bercoklat sedikit pekat masukkan sahaja mengikut aturan dan untuk meratakannya tekan sedikit dengan plastik atau apa2 sahaja yang sesuai.




1 comment: