translate

Monday 23 March 2015

Nasi Dagang

Bahannya

3 cawan beras pusa gold/bashmathi
1 cawan beras pulut
1 sudu teh halba
1 gelas santan pekat(jangan pekat sangat)
1 gelas santan cair
3 ulas bawang merah(mayang nipis)
1 inci halia(hiris nipis dan potong memanjang)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Campurkan kedua-dua beras dan dibasuh bersih.
Masukkan air sehingga menenggelamkan beras tersebut.
Rendam semalaman.  Pastikan air betul-betul melepasi beras.
Toskan.(jangan dibersihkan lagi, dikhuatiri beras akan patah)
Masukkan halba dan kukus dalam periuk dengan air yang menggelegak/mendidih.
Bila nasi masak masukkan santan yang telah bercampur dengan bawang, halia, gula dan garam.
Gaulkan biar serata dan kukus sekali lagi sehingga masak.
Campurkan dengan santan yang pekat.  Gaulkan dan kukus sekali lagi.(sekejap aje)
Tips..Kukus beras yang pertama, pastikan betul-betul masak sebelum masukkan santan cair.
Jika menggunakan santan kotak untuk bahagian santan yang pekat(pastikan dah dicampur dengan air biasa), masukkan juga 3 sudu besar minyak masak kedalam santan tersebut.
Semasa menggaul santan yang pekat, cubalah rasa dahulu nasi dagang itu, jika kurang rasanya boleh ditambah garam atau gula dalam santan yang pekat itu.

Untuk mendapatkan resepi lauk pelengkap bagi nasi dagang klik SINI

1 comment:

  1. Salam Kak Yah,

    Ya Allah! Sedapnya! . I wish ada kat situ sbb nk join mkn nasi dagang...

    ReplyDelete