translate

Friday 24 July 2015

Tomyam Poktek

Bahannya
5 ulas bawang putih(ketuk)
3 biji cili padi(potong bulat)
1/2 bungkus pes tomyam merah adabi
3 batang serai(ketuk)
4 helai daun limau purut
2 inci lengkuas(ketuk)
1 inci halia(ketuk)
Udang segar(buang kulit dan tinggalkan bahagian ekornya)
Ayam(potong kecil2)
Bunga kobis
Carrot(potong kecil)
Buah tomato(belah 4) dan jus limau nipis.
Daun ketumber
Daun sup
2 sudu besar susu pekat manis
Jus limau nipis
Garam dan ajinomoto sedikit
Bawang besar(potong bulat

Sediakan air secukupnya kemudian masukkan pes tomyam tadi.
Masakkan di atas api, kemudian masukkan bawang putih, halia, lengkuas, cili padi, serai, daun limau purut
Biarkan mendidih agak lama, kemudian masukkan ayam dan buah tomato.  Kacau seketika.
Masukkan udang, susu dan garam...Tambah sikit ajinomoto.
Bila dah mendidih semula masukkan sayur2 dan daun2 tadi.
tambah bahan rasa dan asam limau jika kekurangan rasa.
Sebelum angkat masukkan bawang besar tadi.

Wednesday 22 July 2015

Tauhu Sumbat

Bahannya
5 keping tauhu
Dipotong menjadi segitiga dan dikorek bahagian tengahnya.
Digoreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.  Ketepikan.

Sengkuang(disagat)
Timun(disagat bahagian kulitnya)
Carrot(disagat)
Taugeh(celur)

Kuah Kacang
1 cawan kacang tanah(digoreng dalam minyak yang melepasinya)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 inci lengkuas
1/2 keping gula melaka
3 sudu besar air asam jawa(tambah kalau kurang masam)
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling

Kisar kacang tanah(bersama selaputnya) sedikit kasar.
Keluarkan dan kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas hingga hancur.
Panaskan minyak dan tumis bahan bawang yang dikisar tadi.
Masukkan cili giling dan kacau sehingga naik bau.
Masukkan kacang tanah, serai yang telah diketuk, air asam jawa dan gula melaka.
Tambah sedikit air(jangan pekat dan tercair sangat).
Masukkan sedikit garam dan tambah gula jika kurang rasa manis.
Biar mendidih dan kuah naik minyaknya.

Kuah manis
A
Sekeping gula melaka dimasak dengan secawan air hingga hancur(air bergantung kepada kita untuk mendapatkan kuahnya)

B
3 ulas bawang putih
6 biji cili kering
Sedikit belacan
Blender bahan B dengan sedikit air

C
Air asam jawa(sebesar 20sen)
Gula
Sedikit garam

D
Sedikit bancuhan tepung jagung

E
Bijan disangai


Masukkan bahan B dan C ke dalam A.
Masukkan bahan D dan E
Masak sehingga mendidih(biar lama sedikit)
Pastikan kuah ada rasa lebih manisnya dan sedikit masam.

Monday 20 July 2015

Nasi Arab Maqlubah dan Kurma Daging

Bahannya
A
4 cawan beras moghol basmati
Dibersihkan dan rendam selama 20 minit.

B
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 labu bawang besar(belah 4)
3 ulas bawang putih(mayang)
Setengah inci halia(mayang)
5 helai daun pudina
2 sudu besar rempah arab maqlubah
1/2 sudu teh herba campuran
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sebiji tomato(cincang)
1/2 batang carrot(sagat)
Sebatang pokok seleri(potong nipis)
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit minyak zaitun
Air sebanyak 4 1/2 cawan

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, putih dan halia.
Masukkan rempah maqlubah, herba campuran, serbuk jintan manis, putih dan ketumbar.
Masukkan juga serbuk kunyit, lada hitam dan air.
Masukkan ayam, buah tomato, daun pudina dan saleri dan carrot.
Masukkan sedikit gula dan garam.
Biarkan mendidih agak lama sedikit.

C
2 biji terung(potong nipis bulat)
Sebatang carrot(potong nipis bulat)
Bunga kobis secukupnya(potong kecil)

Semua bahan digoreng berasingan dan ditoskan)

Cara memasak nasi
Susun ayam di bahagian dasar periuk.
Masukkan beras.
Tabur bahan sayur goreng tadi.
Masukkan air.
Masak seperti biasa.
Bila nasi sudah masak tabur buah kismis.

Kurma daging
Sekilo daging(potong kecil)
3 sudu besar rempah kurma
10 biji bawang merah(mayang)
4 biji bawang putih(mayang)
1 inci halia(mayang)
3 biji lada hijau
Carrot(potongan sesuai)
4 cawan santan
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
Sedikit gula melaka
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar
Sehelai daun pandan
Sekeping asam gelugur/keping
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang hingga sedikit garing dan berbau wangi.
Masukkan kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang.
Masukkan rempah kurma dan sedikit air.  Biarkan seketika.
Masukkan daging dan daun pandan.  Renekkan seketika dan biar daging sedikit empuk(pastikan air ada untuk mengelak hangit.
Bila daging sudah lembut, masukkan santan, susu pekat dan cair,
Masukkan juga asam keping dan sedikit gula melaka(jangan terlebih takut manis)
Masukkan lada hijau dan bawang besar(jangan dipotong..biarkan sebiji).  Letak garam dan tambah gula jika perlu.
Masukkan carrot dan biar mendidih sehingga kuah sedikit pekat.

Acar
Timun (buang bahagian tengahnya dan dadukan)
Carrot(dadukan)
Tomato hijau(buang bijinya dan dadukan)
Bawang besar(dadukan)
Cuka
Daun pudina.sikit aje ni..(hiris halus)
Gula dan garam

Gaulkan kesemuanya..biar ada sedikit masam, dan manis.

Sambal cili
2 biji cili merah
Sebiji buah tomato
1/2 biji lada benggala
1 sudu besar sos cili
Sedikit cuka
Gula dan garam
Sedikit air masak untuk memudahkan kita mengisar/blender.
Beberapa helai daun pudina.
1 sudu kecil minyak zaitun
Blender kesemuanya hingga hancur.


Friday 3 July 2015

Mee Kuah Ketam

Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
2 ekor ketam dibersihkan dan di potong 2Beberapa ekor udang
Isi ayam2 biji telur
Sawi
Fish cake
fish ball
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

Rendam sekejap mee dalam air panas dan toskan.
Tumbuk bawang merah dan udang kering.
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bahan tumbuk dan cili giling.  Biar sampai wangi.
Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ketam, ayam dan juga udang dan masukkan air(berpadanan).  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur.  Masukkan gula dan garam, serta fish cake(potong kecil), fish ball, sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.