translate

Tuesday 22 December 2015

Bawal Masak Cuka

Bahannya
Seekor ikan bawal dibersihkan dan diperap dengan bawang putih dan garam yang telah ditumbuk halus.

Bahan kuah
1/2 cawan santan pekat
7 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
Sebatang serai(titipkan)
3 sudu besar cuka makan
Gula dan garam
Bancuhan tepung beras(untuk memekatkan kuah)
Sedikit minyak untuk menumis.

Goreng ikan seperti biasa.  Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Bila naik wangi masukkan serai.  Kacau seketika.
Masukkan santan dan cuka.
Masukkan gula(biar seimbang rasa masam dan manisnya) dan sedikit garam.
Masukkan 2 sudu besar bancuhan tepung beras dan kacau seketika.
Masukkan ikan dan biar isinya sedikit meresap pada kuahnya.
Boleh diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment