translate

Tuesday 22 December 2015

Roti Garlic

Bahannya
200 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
2 sudu besar shorterning
2 sudu besar susu pekat
Sebiji kuning telur
2 st mauripan
1 sudu teh vanila
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh garam
170ml air sejuk
3 ketul kiub ais

Masukkan semua bahan kecuali garam dan shorterning ke dalam Bread Maker atau boleh juga pengandum kek(guna mata uli roti)
Bila bahan bahan sedikit teradun masukkan shorterning dan garam..  Adun sehingga roti elastik.
Masukkan ke dalam mangkuk dan perap selama 1 jam.
Tumbuk bagi mengeluarkan angin.
Canai adunan menjadi empat persegi
Sapu dengan krim garlic
Gulung kemas dan potong kepada 9 bahagian
Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu margerin
Rehatkan selama setengah jam
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 25 minit.

Krim Garlic
4 ulas bawang putih(tumbuk)
3 sudu besar mentega
5 sudu besar gula perang
Beberapa tangkai daun bawang(hiris halus)


Pukul mentega dan gula perang sebati.
Masukkan bawang putih dan daun bawang.

No comments:

Post a Comment