translate

Friday 15 April 2016

Roti Jala Berlauk

Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Sebiji telur

Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak  dan apabila masak boleh digulung berintikan serunding daging.

Inti Serunding Daging
2 cawan serunding daging
6 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit Halia(kisar)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu teh air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Naik bau masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan rempah kari dan air asam jawa.
Kacau hingga naik minyak.
Masukkan serunding daging dan kacau hingga serata dan kering.
Tambah gula dan garam jika perlu.

Friday 8 April 2016

Takoyaki

Bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
4 cawan air
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap cair
3 biji telur

Inti
Kobis(potong panjang kecil)
Daun sup(cincang)
Carrot(sagat)
Sotong(potong kecil)
Ketam stik(yang dibeli di pasaraya bahagian dingin beku)..potong nipis

Campur semua bahan dan kacau biar sekata semuanya.
Simpan setengah jam dalam peti sejuk.
Masukkan adunan dalam botol bermuncung tajam.
Panaskan acuan takoyaki di atas api sederhana kecilnya dan sapu minyak masak dalam acuan .
Masukkan adunan 3/4 daripada keseluruhan acuan dan masukkan isi sotong, potongan ketam, kobis, carrot dan daun sup.
Penuhkan adunan keseluruhannya.  Bila separuh masak tolakkan ia separuh ke atas dan isikan adunan biar memenuhi acuan tersebut.
Lakukan proses sehingga takoyaki menjadi bulat keseluruhannya.
Bila masak bolehlah diangkat.

Sos takoyaki
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan tomato pure(boleh ganti dengan sos tomato)
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan kicap cair

Masak atas api yang kecil sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Menghidang takoyaki cara kakyah
Takoyaki dihidang di atasnya bersama sos takoyaki, mayonis, seaweed dan sotong kering proses.