translate

Tuesday 27 February 2018

Pulut Pagi

Bahannya
2 cawan beras pulut
Air melepasi  sedikit paras pulut tersebut
Sehelai daun pandan
3 keping gula melaka(dipotong kecil2)
Kelapa parut putih
Caranya
Tanak beras pulut dengan air dan masukkan juga daun pandan.
Apabila pulut mula masak masukkan gula melaka dan digaul supaya bercampur.
Biarkan dalam keadaan keep warm seketika atau sehingga gula melaka mencair.
Digandingkan dengan kelapa parut putih dan kacang merah.

Kacang merah
Secawan kacang merah direndam hampir semalaman
Secawan santan pekat
Gula melaka(ikut kemanisan masing2)
Secubit garam
Daun pandan
Masak kacang merah bersama air hingga empuk.
Masak sehingga air hampir kering.
Masukkan santan, gula melaka dan daun pandan serta secubit garam.
Biar mendidih dan hampir kering.
Kacau supaya tidak berkerak.

Monday 26 February 2018

Seri Muka

 Lapisan bawah
Bahannya
500gm beras pulut(rendam dengan air sekurang-kurangnya 2 jam)
600ml santan cair
Secubit garam
Caranya
Beras pulut ditoskan dan dicampur dengan semua bahan di atas dan dikukus dalam loyang 10X10in yang telah disapu sedikit minyak dan dialas dengan plastik selama 30 minit.
Apabila masak tekan sedikit dan ratakan pada keseluruhan loyang tersebut.

Lapisan atas
Bahannya
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 cawan gula pasir
3 biji telur
5 helai daun pandan
250ml santan pekat
500ml air
Secubit garam
Caranya
Blender daun pandan bersama air hingga hancur kemudian tapiskan.
Adun air daun pandan bersama semua bahan di atas dan kacau sehingga gula hancur kemudian tapiskan.
Panaskan di atas api sehingga naik wap.
Tuang ke dalam pulut yang telah masak tadi
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan bolehlah dipotong.